fbpx
Now Reading
Dua Influencer Wanita Bergaduh Ketika Open House Raya Dedah Apa Yang Berlaku [Video]

Dua Influencer Wanita Bergaduh Ketika Open House Raya Dedah Apa Yang Berlaku [Video]

Difahamkan, kejadian pergaduhan antara kedua-dua influencer itu berlaku di sebuah majlis rumah terbuka Shah Alam, Selangor yang diadakan pada 20 April lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak minggu lepas, ada sahaja kisah hangat tular di media sosial yang mendapat perhatian ramai termasuklah pemimpin negara.

Dari isu Jalur Gemilang yang tidak lengkap elemen bulan sabit oleh akhbar tempatan sehinggalah ke isu pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta meninggalkan komen berbaur menghina dan hasutan.

Industri hiburan tanah air juga tidak terkecuali dengan isu panas antaranya seperti kisah Datin Shahida dan Rebecca Nur Al-Islam serta Abby Abadi dan menantunya, Aslam.

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Buka Mulut, Rebecca Islam Padam Hantaran Tentang Shahida

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Pengguna Facebook Muat Naik Komen Unsur Menghina, Siap Ajak Bom Masjid Ketika Solat Jumaat

Baca Artikel Berkaitan: Aslam Mohon Maaf Secara Terbuka, Ini Respon Abby Abadi

Influencer Pula Bergaduh Sesama Influencer Di Rumah Terbuka

Belum pun reda dengan semua kisah ini, kecoh pula di media sosial insiden pergaduhan di antara influencer yang juga bekas model muslimah, Engku Salwani atau turut dikenali sebagai Esul dan Mira Sazali.

Ia mula menjadi perhatian selepas video pergaduhan tersebut dikongsikan semula oleh penyanyi rap terkenal, Caprice di Instagram miliknya.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat berlaku pergelutan di antara Esul dan Mira sebelum ianya dileraikan oleh beberapa orang individu yang berada di situ termasuklah suami Mira.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah majlis rumah terbuka Shah Alam, Selangor yang diadakan pada 20 April lalu.

Tonton video penuh [DI SINI]

Mira Dakwa Esul Yang Mulakan Pergaduhan, Cuba Ganggu Dia & Keluarga

Penularan video berkenaan membuatkan ramai netizen tertanya-tanya apa yang berlaku.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) yang dikongsikan oleh Mira, dia mendakwa kejadian bermula gara-gara tindakan Esul yang cuba menganggu dia dan anaknya.

Lebih mengejutkan, Mira mendakwa Esul telah mengambil makanan anaknya dan menggaulkan makanan tersebut dengan makanan orang lain sebelum menuangnya semula ke dalam stroller.

Malah, Esul juga didakwa memulakan pergaduhan dengan menarik Mira sehingga bajunya turut terkoyak.

Dek kerana itu, berlakunya pergelutan dia antara mereka berdua sehingga tangan kanan Mira terseliuh manakala tangan kirinya pula mempunyai calar.

Mira Buat Laporan Polis Berhubung Kejadian Pergaduhan

Menerusi hantaran lain yang dikongsikan oleh Instagram Highlight, Mira telahpun membuat laporan polis berhubung kejadian pergaduhan itu di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada 20 April lalu.

Esul juga didakwa turut berada di balai polis yang sama serta meminta maaf atas kejadian tersebut serta meminta Mira menarik balik laporan polis.

Pun begitu, Mira enggan berbuat demikian kerana tindakan Esul yang didakwa telah mengganggu dia dan anaknya.

Lebih mengejutkan, Mira mendakwa Esul mula mereka cerita sebaik dia enggan memenuhi permintaannya.

Esul Perjelas Dari Pihaknya, Nafi Sentuh Anak & Dakwa Mira Serangnya

Namun, Esul tetap mempertahankan dirinya dengan mendakwa Mira pula yang menyerangnya.

Malah, dia turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia menyerang anak Mira. Dakwa Esul, Mira yang menyerangnya dan menganggap dia gila talak terhadap suaminya.

“Dia selalu buat fake profile, dia selalu kutuk saya, dia maki saya, dia hina saya. Dia pernah buat fake account.

“Mira Sazali ni memang seorang yang sangat bahaya dan hari ini saya diserang oleh dia. Saya tak sentuh pun anak dia, tapi dia cakap saya menyerang anak dia,” katanya.

Esul turut menunjukkan kecederaan yang dialami pada bibir dan kaki serta bajunya yang turut koyak akibat pergelutan berkenaan.

Pada akhir perkongsian tersebut, Esul juga turut menunjukkan dia ada membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Esul bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ramai Terkejut

Video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat insiden kejadian pergaduhan berkenaan apatah lagi kedua-duanya adalah pempengaruh yang dikenali ramai.

Namun, rata-rata dilihat menyokong Mira apatah lagi dengan dakwaan Esul yang mula menganggu anaknya.

Tidak hanya itu, ada juga yang terkejut dengan perubahan Esul setelah sekian lama tidak melihat aksinya dalam bidang peragaan.

Ini antara komen menarik pengguna Instagram:

“Engku Sulwani, Baru Kelmarin Tengok Dia Update Video, Sayang Sangat Orangnya Cantik, Bijak Pandai, Kenapa Jadi Gini Tak Tahulah”

“Wei, Malu Sikit La, Settle Cara Baik”

“Apa Bendalah Yang Digaduhkan Sampai Gaduh Tunggang Terbalik Di Khalayak Ramai”

“Si Esul Tu Elok PDRM Ambil Urine Test, Ramai Yang Dah Terkena Dengan Dia Ni”

“Dulu Esul Ni Elok, Sekarang Nampak Dia Memang Tak Sihat”

Baca Artikel Berkaitan: Isu Founder & Influencer Guna Duit Palsu Untuk ‘Marketing’, Geng Tiktok Buat Laporan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Bawa Geng Belasah Orang Hanya Kerana Futsal? [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.