fbpx
Now Reading
10 Tahun Menabung, Lelaki Kecewa Ferrari RM1.47 Juta Terbakar Selepas Sejam Dibeli

10 Tahun Menabung, Lelaki Kecewa Ferrari RM1.47 Juta Terbakar Selepas Sejam Dibeli

Menurut pemilik Ferrari itu, kenderaan terbabit baru sahaja dihantar kepadanya dan dia keluar untuk mencubanya buat pertama kali di Lebuhraya Shuto, Tokyo sebelum terbakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang pasti mempunyai impian bukan? Ada yang mengimpikan untuk memilik sebuah rumah besar dan ada juga yang menginginkan kereta mewah.

Jika ditakdirkan untuk mendapat rezeki yang banyak atau wang yang dikumpul selama ini sudah mencukupi, sudah pasti impian tersebut ditunaikan agar ia tidak hanya menjadi sebuah angan-angan sahaja.

Pun begitu, tidak semua impian yang digapai berakhir dengan kegembiraan, sebaliknya ada yang harus menerima takdir bahawa ia hanyalah pinjaman sementara daripada Tuhan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Akui Rugi, G Wagon RM1.45 Juta Hanya Dapat Dijual RM670,000 Selepas 3 Tahun Guna

Lelaki kumpul duit beli Ferrari tapi sempat bawa kurang sejam sebelum terbakar

Seperti baru-baru ini, nasib malang menimpa seorang lelaki di Jepun selepas kenderaan impian bernilai lebih RM1 juta yang dibelinya hasil simpanan wang selama 10 tahun musnah dijilat api dengan sekelip mata sahaja.

Kenderaan mewah jenis Ferrari 458 Spider yang baru sahaja dimilikinya setelah satu dekad menunggu itu terbakar dalam tempoh kurang sejam ketika pertama kali ia dipandu.

Insiden terbabit menjadi bualan ramai di media sosial Jepun selepas pemilik Ferrari terbabit yang dikenali sebagai Honkon berusia 33 tahun berkongsi kisah malangnya itu di platform X.

Cuba pandu di lebuh raya sebelum kereta tiba-tiba berasap dan terbakar

Menurut Honkon yang juga penerbit muzik, Ferrari 458 Spider itu baru sahaja dihantar kepadanya dan dia keluar untuk mencubanya buat pertama kali di Lebuhraya Shuto, Tokyo pada Rabu lalu (16 April).

Semasa memandu, dia tiba-tiba menyedari kepulan asap putih, namun pada awalnya menyangka ia datang dari kenderaan di sebelah.

“Saya fikir asap itu dari kereta sebelah, tetapi apabila kereta itu menjauh, saya sedar asap sebenarnya keluar dari Ferrari saya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Tak sampai 20 minit, kereta impian sudah musnah terbakar

Setelah menyedari perkara itu, dia dengan segera berhenti di tepi jalan dan keluar dari kereta itu sebelum menghubungi pihak bomba.

Namun dalam masa hanya 20 minit, kereta impiannya itu musnah terbakar hampir sepenuhnya.

“Saya rasa saya satu-satunya orang di Jepun yang mengalami kejadian seperti ini,” tulis Honkon di X sambil memuat naik gambar kereta terbakar tersebut.

“Saya habiskan 43 juta yen (RM1.47 juta), dan apa yang saya dapat cuma gambar ini,” katanya lagi.

Tiada kesan pelanggaran dikesan, punca kebakaran masih belum diketahui – Polis Jepun

Jurucakap Polis Metropolitan Tokyo memaklumkan tiada kesan pelanggaran dikesan pada kereta terbabit, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian enjin, namun puncanya masih belum diketahui.

Meskipun kecewa dengan kehilangan tersebut, Honkon yang juga penerbit kepada kumpulan idola Jepun, Chocorabi tetap bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Lama Nak Beli Kereta, Impian Pasangan Suami Isteri Tercapai Selepas Menang Cabutan Bertuah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bulanan Toyota Alphard Tertunggak 6 Bulan, Lelaki Menangis Merayu Ingin Pinjam RM8,500 Dari Rakan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.