Suntikan Epidural Bukan Cheat Code! Doktor Ini Jelas Kepentingannya Untuk Ibu Bersalin [Video]
Terdahulu, kecoh di media sosial dakwaan pempengaruh, Jofliam bahawa suntikan epidural yang diambil oleh bekas isterinya, Cik Epal adalah cheat code.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Beberapa hari yang lalu, hangat di media sosial kenyataan pempengaruh, Jofliam tentang suntikan epidural yang diambil oleh bekas isteri, Cik Epal sewaktu melahirkan kedua-dua anak mereka.
Menerusi tangkap layar perbualan mesej peribadi yang tular antara Jofliam dan seorang pengguna, dia mendakwa Cik Epal bersalin dengan bantuan suntikan berkenaan malah turut menggelar ia sebagai ‘cheat code’.
Dakwaan itu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah beberapa doktor perubatan yang menyangkal dakwaan pempengaruh berkenaan.
Jika ada peluang untuk dapatkan suntikan epidural semasa bersalin dan sesuai indikasi, ambillah.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) April 20, 2025
Ambil suntikan epidural sewaktu bersalin bukan cheat code.
Bantu isteri kita untuk kurangkan kesakitan sewaktu bersalin. Sakit bersalin itu tidak terperi sakitnya.
View on Threads
Namun, Jofliam dalam satu kenyataan di Instagram Story miliknya mendedahkan dia memohon maaf dan akan menghadiahkan piza extra serta bunga untuk setiap pembelian yang dibuat oleh ibu mengandung.


Doktor Jelas Apa Itu Epidural
Terpanggil untuk membalas kenyataan berkenaan, doktor perubatan yang juga pengasas produk Efferty, Dr Raihana Ismail tampil memberi penjelasan tentang suntikan epidural.
Perkara itu dijelaskan olehnya menerusi video yang dimuat naik di TikTok @dr.raihana.ismail.
“Jom betulkan stigma sebab bersalin bukan game, epidural bukan cheatcode,” katanya.
Jelasnya yang juga mesra disapa Dr Rai, epidural merupakan suntikan ubat tahan sakit ke ruang saraf tulang belakang.
“Tujuannya, untuk kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin tetapi bukan hilangkan semua rasa,” jelasnya.
Malah, si ibu masih lagi sedar dan mengalami tekanan ketika proses bersalin namun tanpa kesakitan melampau yang boleh mendatangkan trauma.
Kesakitan Tak Patut Jadi Ukuran Pengorbanan Seorang Ibu – Doktor Raihana
Kongsi Dr Raihana lagi, kesakitan ketika bersalin tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk mengukur pengorbanan seorang ibu.
“Kenapa ada yang menganggap mengelat? Sebab dulu bersalin kena tahan sakit natural sampai nangis berguling, baru orang anggap kuat. Anggapan lama, kalau guna bantuan, kira tak original bersalin tu,” katanya.
Malah, ada ibu yang mengambil suntikan epidural tetap mengalami komplikasi ketika proses bersalin selain tekanan darah turun, sukar meneran serta memerlukan bantuan seperti vacuum atau forceps walaupun dengan bantuan suntikan tersebut.
Bagi si ibu yang tidak mengambil epidural, mereka boleh mengalami trauma emosi dan fizikal selama bertahun lamanya.
“Semua ibu kuat dengan atau tanpa epidural,” katanya lagi.
Ada Ibu Yang Ambil Epidural Atas Nasihat Doktor
Jelas Dr Raihana lagi, ada sesetengah wanita mengandung yang secara sukarela memilih suntikan epidural atas sebab tertentu.
Namun, ada si ibu yang dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil suntikan berkenaan akibat keadaan yang dialami.
“Kenapa ada ibu pilih epidural? Untuk elak trauma dan ketakutan melampau semasa bersalin, untuk bantu kawal tekanan darah bagi ibu berisiko, untuk pastikan ibu boleh rehat, tidur sekejap, simpan tenaga untuk meneran. Kadang atas nasihat doktor, bukan suka-suka minta.
“Tolong ye, jangan judge cara seorang ibu bersalin, bukan senang nak keluarkan nyawa dari badan, dengan atau tanpa epidural,” katanya lagi.
@dr.raihana.ismail Bersalin guna epidural tanda wanita lemah? . Jom fahami apa itu epidural. #efferty #drraihanaismailofficial
♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty
Tonton video penuh [DI SINI]
Ada Golongan Yang Tak Boleh Ambil Suntikan Epidural
Untuk info, memetik laman web rasmi Hospital Pantai, ada beberapa golongan yang tidak boleh mendapatkan suntikan epidural.
Individu tersebut adalah:
- Mereka yang ada alahan dengan ubat bius
- Individu yang mempunyai masalah pembekuan darah
- Mengalami jangkitan
- Keadaan neurologi tertentu atau keabnomalan saraf tunjang.
Pengguna Media Sosial Turut Kongsi Pengalaman Bersalin
Video yang telah mendapat lebih 59,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Raihana atas penjelasan ringkas tentang suntikan epidural.
Ini kerana bagi mereka tidak ramai lelaki yang tahu realiti sebenar penggunaan suntikan tersebut.
Pada masa yang sama, majoriti pengguna yang terdiri dari wanita turut berkongsikan pengalaman bersalin anak mereka tanpa atau dengan bantuan epidural.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terima Kasih Doktor, Saya Repost Supaya Ramai Lelaki Yang Perangai & Mindset Macam Jofliam Faham Tentang Ini”

“Epidural Atau Tak Epidural Tetap Koyak, Nak Jaga Luka Ceaser & Jahitan Bawah Bukan Senang”

“5 Kali Natural Tapi Saya Tak Pernah Kisah Sekiranya Ada Ibu Terpaksa Ambil Epidural, Asalkan Nyawa Ibu & Anak Selamat, Itu Penting”

“Semua Ibu Kuat Tanpa Atau Dengan Epidural”

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Mahu Rasa Bebas” – Wanita Lahirkan Anak Dalam Laut, Tanpa Sebarang Bantuan Perubatan
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nak I Dapat Wife Rosak” – Wanita Dedah Dimaki Suami Hanya Kerana Bersalin Czer



