fbpx
Now Reading
Pemuda Kantoi Rakam Wanita Di Pusat Beli-Belah, Didakwa Simpan Banyak Stok Video Puaskan Nafsu

Pemuda Kantoi Rakam Wanita Di Pusat Beli-Belah, Didakwa Simpan Banyak Stok Video Puaskan Nafsu

Kongsi wanita berkenaan di Facebook, dia menyedari tindakan pemuda terbabit ketika sedang memasuki sebuah pusat beli-belah di Seremban, Negeri Sembilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang khususnya wanita sering kali dinasihatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika keluar seorang diri.

Ini kerana risiko untuk berlakunya perkara yang tidak diingini amat tinggi terutama ketika keluar berseorangan.

Pun begitu, ada juga wanita yang keluar beramai-ramai turut terdedah kepada bahaya contohnya seperti sikap tidak senonoh segelintir individu.

Wanita Kongsi Pengalaman Ada Budak lelaki Ikut Dari Belakang, Siap Pegang Telefon Dalam Keadaan Tegak

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita ketika dia keluar meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Kongsi wanita berkenaan di Facebook Erny Nuryassmien, dia menyedari tindakan seorang lelaki ketika sedang memasuki sebuah pusat beli-belah di Seremban, Negeri Sembilan.

Jelas wanita itu, pemuda berkenaan asyik mengikutnya sambil memegang telefon bimbit dalam keadaan menegak dipercayai untuk merakam.

Dia pada mulanya mengendahkan tindakan budak lelaki tersebut. Namun, tingkah laku pemuda berkenaan turut disedari oleh anaknya hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk memberitahu suami hingga pasangannya terus mengikut lelaki berkenaan.

“Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni, ‘dia asyik tengok kita je umi’. Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang,” tulisnya lagi.

Pun begitu, disebabkan rasa tidak puas hati, wanita itu terus berhadapan dengan pemuda tersebut untuk mendapatkan kepastian dan merakam segala bukti jika ada.

Kantoi Rakam Bahagian Belakang Badan, Siap Ada Stok Video Ibu Mengandung

Siapa sangka, rupanya pemuda itu sememangnya sedang merakam video bahagian belakang wanita terbabit.

Malah, wanita itu mendakwa bahagian belakang badannya siap di ‘zoom’ pemuda berkenaan.

Lebih mengejutkan, rupanya terdapat video lain yang terdiri daripada ibu mengandung serta wanita berpurdah turut terdapat dalam telefon bimbit pemuda tersebut.

“Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung.

“Video terpaksa dipotong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macam ni dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing pelaku akibat takut,” ceritanya lagi.

Pemuda Mengaku Rakam Video Untuk Buat Stok Puaskan Nafsu, Laporan Polis Dibuat Namun Ditarik Balik

Dek kerana perbuatan tidak senonoh lelaki itu, wanita berkenaan terus membuat laporan polis. Namun, difahamkan dia telahpun menarik laporan polis yang dibuat.

“Si pelaku pun sudah diserah ke polis. Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak universiti sini. Katanya suka buat stok puaskan nafsu. Dah lama buat kerja macam ini katanya.

“Ikutkan saya nak si pelaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan. Buat stok untuk puaskan diri sendiri dekat rumah. Takut lepas ni berani meraba pulak kan?

“Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom bahagian badan!” ceritanya lagi.

Menerusi ruangan komen, wanita itu menjelaskan dia sememangnya tidak mahu menarik laporan polis berkenaan.

Namun, dia mendakwa pihak polis menjelaskan ia bukanlah kes jenayah kerana tiada sentuhan sebaliknya pemuda terbabit hanya merakam.

Pun begitu, wanita itu menjelaskan dia tetap akan ke universiti budak lelaki terbabit agar si pelaku dikenakan tindakan tatatertib.

Titip Pesanan Kepada Wanita Lain Agar Berhati-Hati

Pada masa yang sama, dia turut menasihati orang ramai khususnya wanita lain agar berhati-hati dan berani jika berhadapan dengan situasi sedemikian.

“Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul.

“Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh.

Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan-bukan,” tulisnya lagi.

Posted by Erny Nuryassmien on Sunday 20 April 2025

Rakam Gambar Orang Tanpa Izin Boleh Jadi Satu Kesalahan

Untuk info, tindakan merakam gambar individu tanpa izin merupakan satu kesalahan kerana dianggap telah melanggar privasi.

Mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, perbuatan merakam atau mengedarkan gambar seseorang tanpa kebenaran mereka boleh dikenakan denda atau penjara.

Malah, memetik laman Facebook peguam Aimee dan Zaim Arif, perlakuan ini juga merupakan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perlakuan yang menyinggung kehormatan atau privasi seseorang adalah satu kesalahan jenayah.

Ambil gambar orang tanpa izin adalah pelanggaran privasi dan boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah undang-undang…

Posted by Aimee & Zaim Arif on Monday 9 December 2024

Perbuatan Pemuda Rakam Wanita Undang Kecaman

Video yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal perbuatan jijik pemuda terbabit yang merakam video wanita untuk memuaskan nafsu.

Pada masa yang sama, ramai juga yang mahu wanita berkenaan untuk membuat semula laporan polis agar tidak ramai yang menjadi mangsa.

Kisah ini turut mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap budak lelaki terbabit.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Ya Allah Takutnya. Kasi Ajar Budak-Budak Macam Ini”

“Jangan Tarik Balik report, Teruskan Saja”

“Muka Nerd, Risaunya Saya Sebagai Seorang Ibu. Kalau Dulu, Kita Rasa Muka Pecah Rumahlah Potensi Nakal”

“Kenapa Tarik Balik report? Geng Macam Ni La Satu Geng Dengan Cabul Budak Dekat Masjid’

“Tak Padan Dengan Muka, Gatal Rupanya”

Baca Artikel Berkaitan: “Pregnant Pun Tak Selamat” – Lelaki Warga Emas Kantoi Rakam Gambar & Video Wanita Mengandung [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kantoi Mengendap Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak, Siap Rakam Guna Telefon Bimbit [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.