Ibu Mentua Kiriman Tuhan! Wanita Dapat Hadiah Gelang Emas Lepas Pantang Buat Ramai Teruja
Difahamkan, gelang emas yang diterima oleh wanita itu daripada ibu mentuanya adalah seberat 9.9 gram.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut tentang hubungan antara menantu perempuan dan ibu mentua, ada sahaja kisah yang tidak sedap didengar.
Lihat sahaja di media sosial, ada sahaja luahan yang dibuat oleh mereka yang bergelar menantu begitu juga sebaliknya.
Kadang kala hingga tertanya-tanya, adakah masih wujud menantu wanita yang mempunyai hubungan baik dengan ibu mentua mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dicerai Suami Ketika Hamil Selepas 8 Bulan Nikah Kerana Ibu Mentua Kaki Kongkong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Maki Anak Dalam Bas, Wanita Ini Rupanya Tertekan Dihalau Ibu Mentua & Suami Masuk Lokap
Dapat Hadiah Gelang Emas Kali Ke-2, Ibu Mentua Siap Suruh Pilih Sendiri
Jika kebanyakan isu tular yang dipaparkan di media sosial adalah mengenai luahan para isteri yang kurang senang dengan layanan dan sikap ibu mentua mereka, lain pula dengan seorang wanita ini.
Siapa sangka, mungkin sudah rezekinya bertemu dengan ibu mentua yang amat baik dan penyayang.
Manakan tidak, si ibu mentua menghadiahkan gelang emas buat kali ke-2 sebaik sahaja dia selesai berpantang.
Perkara itu dikongsikan oleh wanita itu di platform Threads @nhikmah.isehak. Lebih mengujakan, ibu mentuanya meminta dia sendiri untuk memilih gelang emas yang diingini.
Kongsi wanita itu lagi, sebelum ini, ibu mentuanya itu pernah memberikan gelang emas kepadanya pada awal perkahwinan namun ketika itu gelang tersebut adalah pilihan ibu mentuanya sendiri.
Difahamkan, gelang emas yang diterima buat kali kedua oleh wanita itu adalah seberat 9.9 gram.
View on Threads
Ibu Mentua Pemurah, Bagi Duit Simpanan Untuk Tabung Haji
Apa yang lebih menjadi perhatian, ibu mentuanya juga turut memberikan wang tunai sebagai permulaan simpanan Tabung Haji untuk dia dan anaknya.
“Rezeki mentua baik, tak berkira. Bukan takat dapat emas je, tapi menantu dengan cucu dapat juga cash suruh masuk Tabung Haji.
“Dulu mak cakap, kalau cucu lelaki, mak nak kasi cash masuk Tabung Haji, kalau cucu perempuan mak nak belikan emas.
“Sekali maminya yang dapat emas. Terima kasih banyak mak sebab dari awal bercinta sampai sekarang sayang kita macam anak sendiri,” tulisnya lagi.
Bapa Mentua Pun Turut Beri Layanan Yang Baik
Bukan hanya ibu mentua sahaja, bapa mentuanya turut memberi layanan baik kepada wanita itu.
“Abah selalu pesan dekat suami supaya jangan suruh bini masak-masak, nak makan order je, angkat berat pun jangan, nak apa2-apa minta je dekat husband.
“Biar dia rasa susah, makin suruh kita habiskan je duit dia dari dia habiskan kat kereta.
“Masa awal kahwin dulu soalan bapa mentua, ‘dah ada lesen ke belum, kalau belum abah nak sponsor’ tetapi sebab kita dah ada lesen, tak dapat la dan biras saya pun abah sponsor lesen,” kongsinya lagi.
Difahamkan, menantu yang lain juga turut mendapat layanan yang sama daripada ibu bapa mentuanya itu.
View on Threads
Ramai Teruja Hingga Ada Yang Tanya Tips Untuk Dapat Mentua Baik
Perkongsian yang telah mendapat lebih 149,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja dengan layanan ibu mentua wanita berkenaan kepadanya.
Malah, siap ada yang meminta dia berkongsi tips untuk mendapatkan hubungan yang baik dengan keluarga mentua.
Pada masa yang sama, ada juga pengguna Threads lain yang turut berkongsikan pengalaman manis mereka sendiri dengan keluarga mentua.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“1 Dalam Sejuta Nak Dapat Mentua Sayang Kita Sampai Apa-Apa Semua Nak Bagi Dekat Kita”

“Weh Betul-Betul Kiriman Tuhan, Awak Menantu Nombor Berapa?

“Alhamdulillah, Mentua Kita Sama. Dia Hulur Gelang Yang Dia Beli Tapi Tak Pakai”

“Bestnya Ada Emak Mentua, Bukan Gelang Yang Saya Nak, Kasih Sayang Dari Emak Mentua Je”

“Saya Yakin Awak Pun Menantu Yang Baik Sebab Itu Mentua Sayang”

“Rezeki Awak Dapat Mertua Tak Berkira, Sumpah Jealous Sebab Saya Tak Dapat Macam Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Bang” – Layanan Hebat Lelaki Terhadap Ibu Mentua Yang Sakit Lutut Raih Pujian [Video]



