Dikritik Bagi Cenderahati Pada Presiden China Dekat Pintu Belakang, Ini Respon Anthony Loke
Mengenai cenderahati ukiran naga itu pula, Anthony berkata plak itu adalah buatan Malaysia 100% oleh Royal Selangor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang didakwa memberi cenderahati kepada Presiden China, Xi Jinping melalui pintu belakang tanpa sebarang protokol rasmi.
Klip rakaman pendek mengenai perkara itu mula tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia dimuat naik oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di laman Facebook miliknya.
“Anthony Loke mewakili DAP memberi plak kenang-kenangan kepada Setiausaha Agung Parti Komunis China (CCP),” tulis di kapsyen.
Plak daripada Royal Selangor dengan ukiran naga itu diberikan pada 17 April lalu sebelum Xi berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari dalam lawatan beliau di Asia Tenggara.
Bagi cenderahati di pintu belakang demi keselamatan Presiden China, kata Loke
Terbaharu, Anthony Loke yang cakna mengenai kontroversi terbabit telah tampil memberi penjelasan sebab utama beliau berbuat demikian.
Menurut World of Buzz yang memetik Sin Chew Daily, Ahli Parlimen Seremban itu berkata cenderahati terbabit diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Xi.
“Fikirkanlah, adakah Xi Jinping, pemimpin negara besar perlu melalui pintu belakang? Ini demi keselamatan Presiden Xi. Beliau perlu masuk ke dalam kereta sejurus selepas keluar dari hotel, jadi kami hanya dibenarkan menyerahkan cenderahati itu di tempat letak kereta bawah tanah,” katanya.
Plak ukiran naga simbol kekuatan, kebijaksanaan dan persahabatan
Mengenai cenderahati ukiran naga itu pula, Loke berkata plak itu adalah 100% buatan Malaysia iaitu oleh Royal Selangor.
Menurutnya, Xi berpuas hati dengan hadiah terbabit, malah beliau turut kagum dengan layanan dan keramahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia sepanjang lawatannya ke nagara ini.
Sebelum ini, Loke menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya juga pernah menjelaskan sebab mengapa plak ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China.
Jelas beliau, ukiran naga itu adalah simbol yang melambangkan kekuatan, kebijaksanaan dan persahabatan dalam budaya Cina.
Pun begitu, ada yang mempersoalkan kenapa Loke tidak menggunakan ukiran harimau, KLCC atau bunga raya yang lebih sinonim dengan Malaysia.
Boleh dianggap salah guna kuasa jika cenderahati hati diberikan tanpa kelulusan Agong dan PM
Sebelum ini, pendakwah bebas Firdaus Wong berkongsi satu video yang memaparkan seorang wanita mempersoal tindakan Anthony itu.
Menerusi video yang diambil di akaun TikTok @insightkaka itu, wanita berkenaan mempersoal sama ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri tahu serta memberi kelulusan berhubung penyerahan plak terbabit.
Menurut wanita itu, sekiranya ke semua perkara terbabit tiada ia boleh dianggap sebagai Anthony menyalah gunakan kuasanya dan melanggar protokol.
Soalnya lagi, adakah cenderahati terbabit diberikan untuk mewakili Malaysia atau hanya parti DAP sahaja.
Terdahulu, Presiden China telah mengadakan lawatan selama tiga hari di Malaysia bermula pada Selasa lalu (15 April).
Beliau bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanak Kerajaan China hadir ke negara ini atas undangan YDPA Sultan Ibrahim.
Semasa berada di sini, Xi juga telah bertemu Anwar untuk berbincang mengenai kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau serta antarabangsa berkepentingan bersama.
Baca Artikel Berkaitan: Presiden China Mulakan Lawatan Di Malaysia Bermula Esok, Bincang Kerjasama 2 Hala
Baca Artikel Berkaitan: HOS TV AS Sindir Kunjungan Presiden China Ke Malaysia, Gelar ‘Malays’ Tiada Duit [Video]



