“Billionaire Sebenar, Tak Perlu Menunjuk” – Tular Tony Fernandes Jalan Kaki Seorang Diri [Video]
Dalam video terbabit, Pengasas dan CEO AirAsia itu sedar bahawa dirinya sedang dirakam oleh lelaki terbabit dan terus bertindak menegurnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apa yang ada di fikiran kita mengenai orang-orang kaya atau golongan VVIP yang ada di Malaysia? Menaiki kereta mewah sambil diiringi pengawal peribadi setiap masa?
Tidak dinafikan, perkara itu memang benar, namun tidaklah semua yang bergelar jutawan membuatnya.
Masih ada jutawan-jutawan di Malaysia yang merendah diri dan lebih selesa menjadi seperti orang biasa antara jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Tular CEO AirAsia selamba jalan kaki dan lintas jalan seorang diri
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki melihat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berjalan kaki seorang diri tanpa diiringi pengawal peribadi.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh lelaki itu di akaun TikTok @perghhlainmacam, Tony ditemui sedang berjalan kaki di tepi sebuah jalan raya dipercayai berdekatan bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pengasas AirAsia itu dilihat berjalan dengan hanya mengenakan kemeja-t kosong berwarna putih bersama seluar slack sambil memegang telefon bimbitnya.
Tony sedar sedang dirakam, terus tegur siap ucap selamat hari raya
Dalam video terbabit, Tony sedar bahawa dirinya sedang dirakam oleh lelaki terbabit dan terus bertindak menegur individu itu.
Malah, Tony juga seakan faham kemahuan lelaki berkenaan untuk bergambar dengannya dan terus mengajak untuk berswafoto bersama-sama.
Beliau juga tidak melepaskan peluang memberi ucapan selamat hari raya kepada umat Islam di Malaysia sebelum menyambung perjalanannya ke destinasi yang tidak diketahui.
“Rezeki dapat jumpa Tan Sri Tony Fernandes, pemilik AirAsia. Jumpa tepi jalan sorang-sorang, billionaire kot, terbaik lah. Jutawan yang sentiasa merendah diri, terbaik lah,” tulisnya di kapsyen.
@perghhlainmacamni Perghh.. rezeki dapat jumpa TAN SRI TONY FERNANDES OWNER AirAsia. jumpa tepi jalan, jalan kaki siap Lintas jalan sorang². billionaire kut. terbaik lah. billionaire yg sentiasa merendah diri. terbaik lah tan sri. Perghh lain macam ni. @tonyfernandesairasia #tonyfernandes #tansritonyfernandes #airasia #fyp #pageforyou #viral #setapak #jalangentingklang #jpj #wangsamaju #perghhlainmacamni #noweveryonecanfly #billionaire #malaysia
♬ Serumpun – Mimifly
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada Tony kerana bersikap rendah diri serta ramah meskipun bergelar jutawan dan menjadi antara individu penting di dalam negara ini.
Malah, segelintir pengguna media sosial juga tidak melepaskan peluang untuk berseloroh dengan mendakwa Tony berjalan seorang diri berdekatan bangunan JPJ kerana ingin memperbaharui cukai jalan kapal terbang miliknya.







