fbpx
Now Reading
“2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]

“2 Hari Dia Tipu” – Pemilik Restoran Buat Report Polis, Dakwa Pelanggan Bayar Makanan Guna Resit Palsu [Video]

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan turut memberikan masa 24 jam untuk pelanggan terbabit tampil membuat pembayar sebelum mendedahkan semuanya kepada orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi kewajipan selepas makan di restoran kenalah bayar!

Namun ada segelintir sikap individu yang tidak jujur apabila sanggup menipu dengan cara lari, membuat kecoh, atau memberi resit palsu agar dapat makan secara percuma.

Meskipun seronok kerana tidak perlu membayar makanan yang dipesan namun ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta berdosa kerana membiarkan orang lain seperti peniaga menanggung kerugian.

Pelanggan didakwa bayar makan guna resit palsu

Baru-baru ini, seorang pengguna di Thread telah meminta orang ramai untuk berkongsi sebuah video memaparkan pelanggan yang didakwa tidak membuat pembayaran ketika makan di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam.

Menerusi hantaran @iammimiomar, pelanggan itu didakwa telah berkunjung ke restoran tersebut selama 2 hari dan membayar menggunakan resit pemindahan palsu.

Pemilik restoran itu juga memberikan tangkap layar rakaman litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan meminta pelanggar terbabit tampil membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam.

“CCTV ini sangat jelas, dalam 24 jam jika encik tidak bayar, kami dedahkan semua ya. Bukan mudah ya kita nak cari duit, senang-senang je makan tak nak bayar. Bil encik satu hari RM40 lebih dan satu lagi RM300 lebih,” tulisnya dalam hantaran itu.

Dalam satu lagi hantaran, wanita itu turut berkongsi satu rakaman memaparkan gelagat pelangan berkenaan yang kononnya ingin membuat pembayaran pada 14 April lalu.

Menerusi video itu, kelihatan lelaki berkenaan beberapa kali berulang alik dari kaunter pembayaran ke meja makan.

Guna alasan tak boleh bayar guna kod QR kerana nak buat tuntutan

Selain memuat naik video rakaman litar tertutup, wanita itu turut berkongsi kronologi insiden yang berlaku.

“Hari pertama datang beli bungkus 2 set pulut mangga, minum dua air laici. Total bil RM43.60. Mod bayaran pemindahan ke akaun juga sebab katanya dia nak claim kalau QR pay tak boleh claim.

“Manager ‘terpsycho’ kebetulan orang ramai waktu hari pertama. Dia tunjuk bukti di telefon dah transfer dan manager kata okay dan lupa nak snap gambar.

“Hari kedua datang bawa keluarga. Pesan pelbagai (makanan) hingga jumlah bil RM304.50. Mod bayaran transfer dan masa ni manager rasa sangsi jadi ambil gambar bil.

“Ambil gambar bil dan minta nombor telefon untuk saya verify. Kebetulan saya sedang buat umrah. Jarak waktu berbeza buatkan verifikasi yang dibuat lambat.

“Nombor yang diberikan bukan nombor telefon dia tapi orang lain,” ujar wanita itu.

Laporan polis sudah dibuat

Susulan daripada insiden tersebut, restoran itu kemudiannya membuat laporan polis.

Menurutnya ini adalah kali pertama mereka membenarkan pelanggan membuat pemindahan duit melainkan dia ada untuk membuat verifikasi pada masa sama.

“Mod bayar selalu QR kerana auto ada notifikasi, tunai atau menggunakan kad.”

Dalam satu lagi hantaran video, wanita itu memaklumkan kes kini sudah diambil alih oleh pihak polis dan dia meminta mana-mana mangsa lain untuk tampil membuat laporan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.