fbpx
Now Reading
Lagi Advance! China Sudah Buat Pembayaran Guna Tapak Tangan [Video]

Lagi Advance! China Sudah Buat Pembayaran Guna Tapak Tangan [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan lelaki berkenaan hanya perlu menunjukkan tapak tangannya pada satu alat imbasan untuk membuat pembayaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dunia teknologi di zaman kini sememangnya telah berkembang maju, di mana semua perkara dapat dilakukan hanya dengan hujung jari.

Jika 20 tahun yang lalu, ramai yang masih menggunakan wang kertas untuk membuat sebarang pembayaran dan sebagainya.

Namun kini banyak yang telah berubah menerusi sistem pembayaran seperti orang ramai kini boleh membayar menggunakan telefon bimbit, jam pintar, imbasan kod QR dan banyak lagi.

Lelaki tunjuk teknologi cara pembayaran di China

Terbaharu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki menunjukkan teknologi yang digunakan di China di mana mereka tidak perlu lagi membawa kad atau sebarang alat elektronik untuk membuat pembayaran.

Menerusi video yang dikongsikan @sibalsahab, kelihatan lelaki berkenaan berada di hadapan sebuah kedai serbaneka dan ingin menunjukkan kepada orang ramai cara masyarakat di China membuat pembayaran.

Awalnya kelihatan dia memasuki kedai serbaneka terbabit dan mengambil satu tin air bergas di bahagian air sejuk.

Tidak lama kemudian dia menuju ke arah juruwang untuk mengimbas barangan yang dibeli. Namun apa yang menjadi perhatian, ketika membayar lelaki berkenaan hanya perlu mengimbas tangannya pada satu alat imbasan.

Hanya perlu isi maklumat menggunakan WeChat

Imbasan tangan itu ditetapkan (setup) menerusi aplikasi WeChat, di mana masyarakat di sana tidak lagi perlu untuk membawa kad apabila keluar untuk membuat pembayaran.

“Mereka mempunyai WeChat Palm Pay, jadi itu saya punya akaun persendirian WeChat.

“Saya hanya perlu membayar tanpa perlu mempunyai kad atau wallet pada saya mahupun telefon.

“Di mana ia luar daripada jangkauan minda. Awak tak perlu membawa apa-apa dengan anda apabila keluar berjalan. Itu adalah kecantikan di China,” jelasnya.

Video tersebut telah menarik 1.4 juta penonton serta 19,000 tanda suka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mat Salleh Teruja Di China Hanya Perlu Guna Tapak Tangan Untuk Membuat Pembayaran [Video]

Melihat di ruang balas, ada yang mengatakan China telah meninggalkan dunia jauh ke hadapan dari segi teknologinya.

Ada juga yang mengatakan mereka pernah menggunakan imbasan yang lebih kurang sama ketika berkunjung ke Taiwan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.