fbpx
Now Reading
Kondo Papar Maklumat Pemilik Liat Bayar ‘Maintenance’ Pada Papan Digital [Video]

Kondo Papar Maklumat Pemilik Liat Bayar ‘Maintenance’ Pada Papan Digital [Video]

Senarai maklumat yang ditunjukkan itu dipercayai nama pemilik rumah, nombor unit kediamaan, serta jumlah tunggakkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kediaman jenis strata seperti kondominium, pangsapuri dan flat kebiasaannya mempunyai yuran penyelenggaran (maintenance fee) yang akan dikenakan kepada setiap pemilik petak (rumah).

Bayaran maintenance ini adalah untuk membayar gaji tukang cuci dan upah menyelenggara kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti lif, kolam renang, gimnasium dan banyak lagi.

Bagaimanapun, sehingga hari ini masih ada penghuni-penghuni yang mengambil ringan tentang perkara itu dengan tidak membayarnya, meskipun pihak pengurusan telah menghantar notis berkali-kali.

Tular maklumat pemilik rumah tak bayar maintenance dipapar pada papan digital

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pihak pengurusan sebuah kondominium telah bertindak memaparkan maklumat pemilik rumah yang culas membayar maintenance pada papan digital.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @staywokeproperty, kelihatan papan digital itu diletakkan di kawasan terbuka yang boleh dilihat oleh orang ramai.

Berkemungkinan pihak pengurusan bangunan sudah tidak tahan lagi dengan sikap penghuni yang tidak endah dengan bayaran penyelenggaraan meskipun telah diingatkan berulang kali.

Nama pemilik rumah dan bayaran tertunggak dapat dilihat semua orang

Dalam video tersebut, papan digital terbabit mendedahkan senarai maklumat pemilik yang tidak membayar yuran penyelenggaraan bermula tarikh 31 Disember 2024.

Senarai maklumat yang ditunjukkan itu dipercayai nama pemilik rumah, nombor unit kediamaan, serta jumlah tunggakkan.

Apa yang mengejutkan, terdapat maklumat pemilik rumah yang mempunyai tunggakan bayaran maintenance sebanyak RM15,149.50.

Netizen beri pelbagai reaksi, mungkin pemilik rumah hanya beri sewa kepada orang lain

Memindai di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa pemilik rumah berkenaan berkemungkinan tidak menetap di sana atau menyewakannya kepada individu lain, susulan itu mereka tidak kisah mengenai bayaran penyelenggaraan itu.

Tidak kurang juga yang mengecam penghuni yang tidak membayar yuran maintenance namun masih menggunakaan kemudahan seperti lif dan kolam renang.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Penghuni Culas Bayar ‘Maintenance Fee’, Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di PPR [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.