fbpx
Now Reading
Impak Perang Dagang: Tengku Zafrul Jelaskan Harga iPhone Boleh Cecah Harga Kereta [Video]

Impak Perang Dagang: Tengku Zafrul Jelaskan Harga iPhone Boleh Cecah Harga Kereta [Video]

Menurut Menteri MITI itu, hal ini kerana produk seperti iPhone mempunyai pelbagai komponen eletronik yang datang dari seluruh dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perang dagang yang tercetus di antara Amerika Syarikat (AS) dan China sejak beberapa minggu lalu masih lagi berlarutan sehingga hari ini.

Konflik yang mampu menjejaskan ekonomi global itu mula berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif pada 2 April lalu.

Perkara ini mendapat perhatian di seluruh dunia memandangkan kesan perang dagang ini dapat melumpuhkan ekonomi dunia apabila harga barang naik mendadak.

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Trump Jejaskan Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul [Video]

Tak mustahil harga iPhone cecah harga kereta

Seperti baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa harga iPhone boleh mencecah harga kereta.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, beliau berkata perkara itu tidak mustahil sekiranya tarif terus meningkat.

“Harga iPhone boleh sampai harga kereta tak? Kalau tarif terus naik, tak mustahil,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Komponen iPhone datang dari pelbagai negara

Menurutnya, hal ini kerana produk seperti iPhone mempunyai pelbagai komponen eletronik yang datang dari seluruh dunia.

“iPhone itu cip dari Taiwan, skrin dari Korea, bateri dari China, modem dan memori dari Amerika Syarikat, storan dari Jepun, kamera dari pelbagai negara dan akhirnya dipasang di China,” katanya.

Jelas beliau, kos bagi sebuah iPhone sebelum tarif sekitar AS$549.73 (RM2,400) dan selepas tarif pula boleh mencecah AS$1,346.84 (RM5,932).

Harga iPhone boleh cecah RM16,000 sekiranya dibuat sepenuhnya di AS

Menurutnya lagi, sekiranya telefon pintar itu dibuat sepenuhnya di AS, berkemungkinan harganya boleh mencecah sehingga AS$3,500 iaitu kira-kira RM16,000.

“Tapi bila harga naik di AS, negara lain pun akan terkesan ini sebab harga iPhone global biasanya ikut harga di Amerika.

“Malaysia pun sebenarnya komponen penting rantaian bekalan dunia antara eksport utama kita ialah semikonduktor, malah ketika Covid-19 dahulu kilang Ford di Amerika terpaksa hentikan operasi sebab tak dapat cip dari Malaysia, cip itu kecil sahaja, tapi bila takda kilang besar pun tak boleh jalan,” jelasnya.

Ujar Tengku Zafrul lagi, ketika ini AS sedang memberi pengecualian kepada komponen telefon pintar dan komputer khususnya dari China.

Bagaimanapun, katanya pengecualian ini tidak dapat dipastikan berapa lama dan bila-bila masa sahaja Trump boleh naikkan semula tarif komponen elektronik itu.

“Semua negara saling bergantung, tak ada satu negara pun boleh buat semua benda itu sendiri.

“Tarif tinggi ini macam jam (jalan sesak) lah, semua tersekat, dari pengeluar, pengguna sampailah pelabur.

“Perdagangan terbuka penting terutamanya untuk negara perdagangan macam negara kita Malaysia. Jangan gaduh-gaduh, kita berniaga baik-baik boleh tak,” ujarnya.

@tzafrul_aziz

Harga iPhone 📱 boleh sampai harga kereta tak? 😱 Kalau tarif terus naik, tak mustahil! #TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #USA #tarif #Trump

♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz

Barangan elektronik dikecualikan daripada tarif?

Terdahulu, media melaporkan telefon pintar, skrin komputer, cip dan komponen elektronik dikecualikan daripada dikenakan tarif.

Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Sastam dan Kawalan Sempadan (CBP) AS pada Jumaat lalu (11 April), ia terpakai kepada semua barangan elektronik yang diimport ke AS.

Bagaimanapun, Trump menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa produk itu tertakluk kepada Tarif Fentanyl 20% sedia ada dan ia hanya berpindah ke tarif yang berbeza, lapor Awani.

Baca Artikel Berkaitan: Perang Dagangan: China Serang Balas AS Dengan Tarif 84%

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Trump Ke Atas China Meningkat Kepada 104% – White House

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.