fbpx
Now Reading
Bapa Gigih Buat Dua Jenis Kek Untuk Jamuan Sekolah Anak Buat Ramai Kagum [Video]

Bapa Gigih Buat Dua Jenis Kek Untuk Jamuan Sekolah Anak Buat Ramai Kagum [Video]

Lebih menarik, kek yang dihasilkan oleh si bapa sememangnya nampak kemas seolah-olah seperti dihasilkan oleh tukang buat kek yang berpengalaman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada ketika ini dapat dilihat rumah terbuka atau jamuan hari raya masih rancak diadakan. Selagi belum tamatnya bulan Syawal, selagi itulah Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan.

Jika di sekolah, jamuan hari raya biasanya berkonsepkan potluck yang mana akan dimeriahkan lagi dengan hidangan daripada pelajar.

Lazimnya, ibu bapa yang sibuk bekerja hanya akan memesan sahaja hidangan yang mahu dibawa.

Namun, ada juga yang sanggup memecah peluh di dapur membuat sendiri hidangan untuk jamuan raya tersebut.

Bapa ‘Bake’ 2 Jenis Kek Untuk Jamuan Raya Sekolah Anak

Jika kebiasaannya tugas memasak sinonim dengan si ibu namun berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang menyediakan sendiri hidangan untuk jamuan sekolah anaknya.

Perkara itu dikongsikan oleh lelaki berkenaan di TikTok @raziscleaning yang menyediakan dua jenis kek sempena jamuan hari raya sekolah anaknya.

Dua jenis kek yang disediakan adalah kek batik coklat dan kek marble. Menerusi video yang berdurasi 2 minit itu, dia langsung tidak kekok menyediakan hidangan dessert tersebut.

Dapat dilihat dia pada mulanya menyediakan kek batik coklat terlebih dahulu dengan menimbang bahan kek yang telah disediakan sebelum memasukkan kesemua bahan tersebut ke dalam kuali dan kemudiannya loyang.

Siap hidangan yang pertama, dia terus menyambung membuat hidangan kek marble sebelum menyediakan topping untuk kek batik yang disediakan tadi.

Malah, lelaki itu secara bersahaja dan langsung tidak kekok membuat corak di atas kek marble berkenaan.

Lebih menarik, kek yang dihasilkan sememangnya nampak kemas seolah-olah seperti dihasilkan oleh tukang buat kek yang berpengalaman.

Lelaki Penuhi Permintaan Anak Untuk Bawa Kek Ke Jamuan Raya

Difahamkan, menu itu dimasak oleh lelaki berkenaan atas permintaan anaknya.

Malah, dia dikatakan mempelajari resipi kek berkenaan hanya melalui platform media sosial seperti TikTok.

Melalui video berasingan, dapat dilihat lelaki berkenaan sememangnya gemar meluangkan masa di dapur dan menyediakan hidangan buat anaknya seperti paprik ayam dan telur bistik.

@raziscleaning

Jamuan sekolah, kita buat kan kek marble n kek batik coklat..

♬ Curang LAKSAMANA – 🎀 ŞhคŞhค 🎀
@raziscleaning

Jgn marah tau, sy suka lagu lama maklum la 80 an lahir nya..jemput makan.

♬ Curang LAKSAMANA – 🎀 ŞhคŞhค 🎀

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Luah Rasa Kagum Lihat Si Bapa Mahir Memasak

Video yang telah mendapat lebih 423,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kebolehan lelaki itu dalam menyediakan hidangan dan langsung tidak kekok di dapur.

Malah, ada yang beranggapan isterinya amat beruntung memiliki lelaki itu sebagai suami. Ada juga yang bertanyakan di mana isteri lelaki berkenaan.

Namun, lelaki terbabit menjelaskan isterinya sudahpun meninggal dunia pada tahun 2023.

Pada masa yang sama, ada juga pengguna media sosial yang berminat untuk menempah hidangan kek berkenaan daripada pengguna itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Saya Tak Jealous Kalau Lelaki Orang Lain Romantik Tapi Saya Jealous Kalau Lelaki Orang Lain Pandai Masak, Pandai Baking”

“Cantik Kejadian Keknya, Terbaik Encik! Bapa Yang Hebat”

“Saya Yang Perempuan Tengok Resipi Buat Kek Pun Boleh Gagal, Salute Dengan Abang Ni”

“Elok Hasil Kek Marble Jelita Tu, Kita Buat Pun Tak Secantik Itu”

“Saya Salutelah Tuan, Serius Saya Salute, Bukan Mudah Sebenarnya”

Baca Artikel Berkaitan: “Dari Siakap Ke Nasi Khao Mok Dia Masak” – Menu Harian Pelajar Lelaki IPT Di Rumah Sewa Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Tunjuk ‘Skill’ Masak Nasi Goreng, Rakyat Malaysia Bagi ‘Lampu Hijau’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Jadi Macam Khairul Aming” – Ramai Kagum Lihat Budak Lelaki Darjah 6 Dah Pandai Memasak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.