fbpx
Now Reading
“Saya Bahagia Jadi Suami”- Wanita Tular Kahwin Di Hospital Ketika Lawan Kanser Meninggal Dunia [Video]

“Saya Bahagia Jadi Suami”- Wanita Tular Kahwin Di Hospital Ketika Lawan Kanser Meninggal Dunia [Video]

Menurut Lokman yang juga suami kepada arwah Zura, dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan bersyukur berada disisi Allahyarhamah ketika menghembuskan nafas terakhirnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

‘Kasih hingga hujung nyawa’ begitulah yang boleh diungkapkan tentang pasangan pengantin yang sebelum ini pernah tular di media sosial apabila melangsungkan perkahwinan ketika si isteri berada di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam video tular tersebut, difahamkan pengantin wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nor Azurah Othman, 40, atau mesra dipanggil Zura merupakan pesakit kanser paru-paru tahap empat.

Apa yang membuatkan orang ramai sebak, pernikahan itu dilakukan secara maya memaparkan pengantin lelaki berada di rumah manakala si isteri di atas katil hospital.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Wanita Sempurna” – Lelaki Pilih Wanita Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4 Sebagai Isteri Raih Pujian [Video]

Suami terima hakikat isteri sudah pergi menghadap Allah SWT

Namun bagai sudah tertulis, selepas sekitar lapan bulan berkahwin, sang suami yang dikenali sebagai Lokman Sumadi, 36, perlu menerima hakikat isterinya kini sudah pergi menghadap Ilahi.

Lokman kini menjalani kehidupan sendiri tanpa isteri di sisi selepas wanita dicintainya itu meninggal dunia pada 16 April di kediaman keluarganya yang terletak di Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor.

Turut difahamkan isterinya itu sebelum ini telah dimasukkan ke hospital pada 10 April yang lalu kerana berada dalam keadaan yang lemah.

“Selepas pemeriksaan lanjut, doktor beritahu saya dan keluarga isteri supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

“Doktor pun sudah buat terbaik dengan memberi antibiotik selpeas mendapati ada jangkitan kuman. Namun Allah SWT lebih menyanyangi isteri saya yang meninggal duni tidak lama selepas tiba di rumah jam 2.08 pagi pada Rabu (16 April),” katanya, lapor Sinar Harian.

Sedih namun memori dan kasih sayang bersama isteri sentiasa diingati

Akui sedih atas kehilangan insan tersayang, namun Lokman juga reda dengan pemergian isterinya serta bersyukur kerana sempat berada di sisi arwah isteri sewaktu menghembuskan nafas terakhirnya.

Jelasnya lagi, walaupun Zura sudah tidak lagi berada di sisi tetapi setiap memori serta kasih sayang akan terpahat di dalam ingatan.

8 bulan yang cukup bahagia bergelar suami kepada Zura

Malah dia juga menyifatkan arwah Zura sentiasa menjaga makan minum walaupun sedang terlantar sakit. Bahkan dia mengakui bahagia menjadi suami wanita berkenaan.

“Walaupun isteri terlantar, dia jaga makan minum saya. Dia tahu saya suka makan tempoyak dan belikan secara dalam talian.

“Saya bahagia sepanjang menjadi suaminya walaupun arwah selalu minta maaf kerana anggap dirinya bukan isteri yang sempurna.”

@drsyedaliffauzan

Dalam keadaan dunia sekarang yang sedang tenat dengan pelbagai kes dan cabaran masih ada kisah yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. Tahniah kepada pasangan Man dan Zura pesakit kanser paru-paru tahap 4 yang baru saja mendirikan rumah tangga. Jom sama2 doakan zura diberi kesembuhan dan kekal bahagia bersama pasangan. Cinta sejati tidak mencari kesempurnaan tetapi menerima pasangan seadanya dengan segala kelemahan dan kekurangan untuk menghadapi segala cabaran bersama

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.