fbpx
Now Reading
Pelajar Mengeluh Tak Boleh Mekap & Berfesyen Punca Tak Nak Pegi Jamuan Raya Sekolah Tuai Kecaman [Video]

Pelajar Mengeluh Tak Boleh Mekap & Berfesyen Punca Tak Nak Pegi Jamuan Raya Sekolah Tuai Kecaman [Video]

Balas wanita itu terhadap kenyataan pelajar berkenaan, peraturan sekolah sememangnya telah ditetapkan sebegitu sejak dari zaman dahulu lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehangatan Syawal masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Lihat sahajalah, banyak rumah terbuka atau jamuan raya diadakan bagi meraikan bulan istimewa ini.

Sekolah juga tidak terkecuali menganjurkan jamuan raya bagi meraikannya bersama pelajar tersayang.

Sudah pastilah ia menjadi detik yang ditunggu oleh pelajar. Manakan tidak, inilah peluangnya untuk mereka tampil bergaya dengan baju raya ke sekolah.

Namun, ada segelintir murid yang malas untuk menghadirkan diri ke jamuan raya hanya kerana peraturan sekolah yang ditetapkan.

Murid Anggap Peraturan Sekolah Semakin Mengarut, Tak Boleh Nak Bergaya Lebih-Lebih Ke Jamuan Raya Sekolah

Seperti baru-baru ini, kecoh di media sosial tangkap layar keluhan seorang pelajar sekolah yang mendakwa dia malas menghadiri jamuan raya disebabkan peraturan sekolah yang ditetapkan.

Dakwa murid itu, undang-undang sekolah antaranya yang melarang dia untuk bersolek, memakai selendang dan membawa telefon bimbit menyebabkan dia malas untuk menghadiri jamuan berkenaan.

“Sekarang makin malas hendak pergi jamuan raya dekat sekolah. Sebab peraturan makin lama, makin bgg (b*ng*ng).

“Kata nak happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl (selendang) tak boleh, telefon tak boleh bawa, kasut wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan je,” dakwanya.

Wanita Respon Keluhan Murid, Dakwa Peraturan Sebegitu Memang Sudah Ditetapkan Dari Dulu

Tangkap layar keluhan pelajar tersebut dikongsikan semula di TikTok seorang wanita, @sitinurteemah yang terpanggil untuk membalas kenyataan pelajar berkenaan.

Dakwa wanita itu, peraturan sekolah sememangnya telah ditetapkan sebegitu sejak dari zaman dahulu lagi.

“Kau kata apa? Tak nak pergi jamuan raya sekolah sebab peraturan sekolah makin lama makin b*ng*ng. Eh peraturan sekolah tu memang tak diubah, memang daripada kitaorang zaman tok kaduk memang macam tu.

“Kitaorang dulu pakai kasut sekolah je dik, pakai baju sekolah. Kau kira beruntung la dapat pakai baju raya cantik-cantik. Dapatla tunjuk baju raya dekat boyfriend kau yang satu sekolah yang satu kelas tu,” katanya

Jamuan Raya Sekolah Bukan Pentas Fesyen

Malah, dia turut mengkritik kenyataan pelajar sekolah berkenaan dengan mengatakan jamuan itu bukanlah pentas fesyen untuk dia memperagakan sesuatu.

“Kalau nak marah dekat sekolah pasal peraturan, memang salahla cerita dia. Benda tu memang tak boleh diubah. Memang sampai kiamat gitu juga, tiada lagi sekolah yang boleh pakai make up.

“Kecuali sekolah tu jenis semua pihak pentadbir semua okay dan diorang pun bersetuju, bukan atas desakan. Dah nama pun jamuan raya sekolah dik, bukan pergi fashion show Bulan Bintang,” tegurnya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Setuju Dengan Kenyataan Wanita, Ada Yang Luahkan Rasa Hairan Dengan Luahan Pelajar

Video yang telah mendapat lebih 741,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh wanita berkenaan.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa hairan apabila melihat keluhan pelajar sekolah berkenaan sedangkan peraturan itu telah ditetapkan sejak dahulu lagi.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Dulu Jamuan Raya Tak Kisah Pakai Baju Raya Ke Tak, Bawa Phone Ke, Yang Penting Hari Itu Tak Payah Belajar”

“Dulu Jamuan Raya Tak Hairan Pasal Make Up Ke, Baju Ke, Yang Penting Tak Bawa Beg, Tak Belajar, Itu Yang Kami Mahukan”

“Budak Ni Patut Lahir Zaman Aku, Banyak Cekadak Betul Budak Sekarang”

“Entah Apa La Budak Zaman Sekarang Ni, Ikut Jela Peraturan Sekolah Tu, Pergi Jamuan Raya Sekolah Je Pun”

“Dulu Waktu Raya Pakai Tudung Dengan Kasut Sekolah Je, Tak De Nak Bising-Bising”

Baca Artikel Berkaitan: Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Untung Budak Sekarang” – Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 Dibuat Di Hotel Undang Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.