fbpx
Now Reading
“Nabi Ajar Keluar Rumah Kaki Kiri” – Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Ketika Ingin Keluar [Video]

“Nabi Ajar Keluar Rumah Kaki Kiri” – Ustaz Wadi Annuar Kongsi Amalan Ketika Ingin Keluar [Video]

Ustaz Wadi Anuuar berkongsi doa-doa terbabit selepas diajukan soalan oleh seorang pengikutnya mengenai apakah amalan pelindung ketika keluar dari rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, bahaya seperti kemalangan atau jenayah boleh menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana jua terutamanya ketika berada di luar rumah.

Individu-individu yang berasa bimbang tentang keselamatan dirinya pasti akan mengambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa khususnya ketika berseorangan.

Bagi umat Islam pula, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah amalan atau doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada bahaya mahupun individu yang berniat jahat ke atas dirinya.

Ustaz Wadi kongsi doa pelindung, Rasullulah ajar keluar rumah mula dengan kaki kiri

Susulan itu, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar tampil berkongsi doa pelindung untuk melindungi diri semasa berada di luar rumah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Ustaz Wadi berkata Nabi Muhammad SAW telah mengajar pada umatnya agar keluar rumah bermula dengan kaki kiri terlebih dahulu.

Menurutnya, setelah itu lafazkan pula doa keluar rumah yang juga dikenali sebagai doa bismillahi tawakkaltu.

Doa bismillahi tawakkaltu, dapat lindungi diri daripada godaan dan hasutan syaitan

Berikut doa keluar rumah:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Bacaan rumi: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan Allah.”  – Riwayat Abu Dawud.

Jelas Ustaz Wadi, doa terbabit dapat menghalang kita daripada hasutan dan godaan syaitan yang boleh menyesatkan.

“(Setelah keluar rumah) kemudian Nabi akan lihat ke langit dan Nabi akan baca doa satu lagi,” katanya.

Doa kedua selepas keluar rumah, dapat lindungi diri daripada bahaya manusia

Doa tersebut adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Bacaan rumi: Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bersikap jahil atau dijahilkan ke atasku.” – Riwayat Abu Dawud.

Ujar beliau, doa terbabit dapat melindungi diri daripada seseorang yang ingin melakukan sesuatu perkara buruk ke atas diri kita.

Ustaz Wadi berkongsi doa-doa terbabit selepas diajukan soalan oleh seorang pengikutnya mengenai apakah amalan pelindung ketika keluar dari rumah.

@ustazwadiannuarofficial

Amal doa pelindung ini ketika keluar dari rumah. | Ustaz Wadi Annuar #ustazwadiannuar

♬ Renungan Diri – Yuda Pratama
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.