fbpx
Now Reading
Kedai Rasmi Jual Merchandise Trump Kena ‘Londeh’, Rupanya Ada Barang Made In China [Video]

Kedai Rasmi Jual Merchandise Trump Kena ‘Londeh’, Rupanya Ada Barang Made In China [Video]

Namun, tidak semua barangan Trump dibuat China apabila lelaki itu turut menemukan baju yang dijual di kedai rasmi berkenaan yang dihasilkan di Bangladesh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketika ini, dunia masih lagi menyaksikan perang dagang di antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang bermula selepas Presiden Donald Trump mengumumkan kenaikan tarif pada 2 April lalu.

Pentadbiran Trump terus melakukan kejutan apabila mengenakan tambahan tarif menjadi 104% ke atas semua barangan import dari China.

Negara Tembok Besar itu pula tidak gentar dengan ‘serangan’ terbabit apabila turut membalasnya dengan mengenakan tarif ‘timbal balik’ sebanyak 84% kepada AS dan akhirnya semalam, White House mengumumkan China kini berdepan tarif 245%.

Baca Artikel Berkaitan: Perang Dagangan: China Serang Balas AS Dengan Tarif 84%

Perkara tersebut mendapat perhatian di seluruh dunia memandangkan kesan perang dagang ini dapat menjejaskan ekonomi global.

Pelawak AS dedah ada merchandise rasmi Trump yang dibuat di China

Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan pelawak AS, Walter Masterson mendedahkan terdapat ‘merchandise’ rasmi Donald Trump yang dihasilkan di China (Made in China).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Walter pada awalnya ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa banyak merchandise Trump yang dibuat di AS.

“Ramai orang menuduh Trump kerana tidak menghasilkan barangannya di Amerika Syarikat. Untuk membuktikan sebaliknya, saya akan pergi ke kedai barangannya di Trump Tower untuk membuktikan kepada anda berapa banyak merchandise Trump yang sebenarnya dibuat di AS,” katanya.

Masuk kedai rasmi jual barangan Trump, tapi tak jumpa langsung ‘Made in USA’

Walter kemudiannya masuk ke dalam kedai rasmi yang menjual merchandise Trump dan memilih beberapa barang secara rawak untuk melihat sama ada ia dihasilkan di AS atau China.

Apa yang mengejutkan, dia tidak menemui langsung barangan Trump yang diperbuat dari AS, sebaliknya kesemua merchandise itu tertera jelas tulisan ‘Made in China’ menyebabkan dia mula menukar fikirannya dan berpendapat bahawa kesemua barangan itu adalah buatan China.

Namun, tidak semua barangan Trump dibuat China apabila Walter turut menemukan baju yang dihasilkan di Bangladesh.

Masih ada merchandise Trump made in USA

Pun begitu, semakan kami mendapat masih ada beberangan barangan Trump di kedai rasmi yang lain yang diperbuat dari AS.

Saluran YouTube What’s inside? Family telah mengunjungi sebuah kedai rasmi yang menjual merchandise Trump dan mendapat banyak barangan dijual di situ adalah ‘Made in USA’.

Bagaimanapun, dia turut menemui beberapa barangan Trump yang diperbuat dari China, pun begitu ianya seolah-olah sengaja ditutup dengan label kod bar.

Rakyat AS beri pelbagai reaksi, siap ada yang seloroh ‘USA Made in China’

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial dari AS selepas melihat video pendedahan Walter itu.

Ada netizen yang tidak menyangka disebalik perang dagang di antara kedua-dua negara itu ternyata Trump sendiri memerlukan bantuan China untuk menghasilkan merchandise miliknya.

Namun, ada pula yang tidak terkejut kerana sudah mengetahui tentang perkara itu memandangkan ramai yang tahu bahawa China merupakan sebuah negara pengeluar yang terbesar.

Ada juga yang berseloroh dengan mendakwa bahawa negara AS sendiri sebenarnya adalah buatan China.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.