fbpx
Now Reading
Isu Pesta Songkran Batu Feringghi: Penganjur Ada Lesen Hiburan Tapi Tak Ikut Syarat – Exco Pulau Pinang

Isu Pesta Songkran Batu Feringghi: Penganjur Ada Lesen Hiburan Tapi Tak Ikut Syarat – Exco Pulau Pinang

Menurut Exco Pulau Pinang, Dr. Mohamad, penganjuran pesta Songkran yang terpaling kontroversi wanita seksi menari itu adalah di bawah bidang kuasa pihak PBT iaitu MBPP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pendek memaparkan beberapa orang wanita berpakaian tidak sopan sedang menari di atas pentas di sebuah kawasan di Batu Feringghi, Pulau Pinang ketika sambutan pesta muzik Songkran pada Ahad lalu (13 April).

Video sohor itu kemudiannya mendapat kecaman ramai selain Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman juga menzahirkan rasa kesal berhubung insiden berkenaan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yang menggesa agar semua pihak termasuklah pihak berkuasa untuk mengambil langkah tegas dan tindakan undang-undang kepada mereka yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Wanita Berpakaian Seksi Menari Di Pesta Songkran: Mufti Pulau Pinang Gesa Tindakan Tegas Diambil

Penganjur pesta Songkran ada lesen tapi tak ikut syarat

Terbaharu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid mengesahkan bahawa penganjuran pesta terbabit tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, penganjuran pesta Songkran itu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

”Penganjur mempunyai lesen hiburan, namun penganjuran tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Pihak MBPP akan mengambil tindakan, termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur,” katanya dipetik Kosmo.

Ujar Mohamad, beliau berpandangan selari dengan pandangan Mufti Pulau Pinang yang menegaskan bahawa umat Islam dilarang untuk mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pesta Songkran cabar ajaran Islam dan boleh beri contoh tidak baik kepada anak muda

Sebelum ini, Mohd Sukki berpendapat bahawa perkara itu bukan sekadar bertentangan dengan adat ketimuran, malah ia mencabar ajaran Islam yang merupakan agama rasmi serta asas kepada pembinaan masyarakat yang berakhlak serta bermaruah.

Jelasnya, perbuatan sedemikan boleh memberi controh yang buruk kepada golongan anak muda serta mengancam keharmonian masyarakat yang hidup dengan nilai agama serta budi pekerti.

“Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, kita wajib memastikan kemuliaan agama ini tidak dicemari oleh perbuatan yang jelas bertentangan dengan tuntutan syarak dan norma masyarakat yang bermaruah.

“Agama dijunjung, maruah dipelihara, ini adalah prinsip yang perlu kita pegang bersama,” kata Mohd. Sukki.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.