fbpx
Now Reading
Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Petugas Sin Chew Daily Akan Dikenakan Tindakan Disiplin

Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Petugas Sin Chew Daily Akan Dikenakan Tindakan Disiplin

Jelas Sin Chew Daily, pihaknya juga telah menjalankan siasatan dalaman berhubung isu ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak 15 April lalu, tular di media sosial mengenai isu Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang dipaparkan pada akhbar Cina, Sin Chew Daily.

Ekoran daripada penularan itu, akhbar terbabit telah tampil membuat permohonan maaf serta menjelaskan berlaku masalah teknikal yang tidak disengajakan.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf namun isu tersebut dipandang serius oleh kebanyakan masyarakat termasuklah pemimpin negara.

Malah pada 16 April Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Bendera Lambang Kedaulatan & Identiti Negara – Agong

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Guna Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Ahli MKT UMNO Gesa Kerajaan Tarik Lesen Penerbitan Sin Chew Daily

Petugas bakal berdepan tindakan disiplin

Terbaharu, akhbar berkenaan memaklumkan petugas yang bertanggungjawab atas kesilapan berhubung isu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.

Menurut Sin Chew Daily dalam satu kenyataan, pihaknya telah melakukan siasatan dalaman berhubung isu berkenaan.

“Jabatan Pengarang Sin Chew Dailu juga telah mengambil langkah memperketatkan lagi proses saringan kandungan terutama sekali dalam pengaplikasian kecerdasan buatan (AI).

“Pihak kami komited dalam langkah pembaikan yang menuntut kami menjadi lebih peka dan lebih berhati-hati dalam menguruskan perkara yang boleh mengganggu-gugat maruah negara dan hubungan kaum,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, Sin Chew Daily juga menerima titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu kesilapan yang berlaku pada ilustrasi Jalur Gemilang yang dicetak serta meminta pihak media lebih peka dan menyemak terlebih dahulu bahan siaran sebelum dicetak untuk siaran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.