“Fikir Dulu Sebelum Send!” – Peguam Dedah Hantar Mesej Lucah Boleh Dipenjara [Video]
Menurut Lawyer Gandhi, hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya mesej berkenaan dihantar kepada kanak-kanak atau individu di bawah umur 18 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tiada siapa dapat menafikan bahawa aplikasi perbualan seperti WhatsApp atau iMessage amatlah memudahkan urusan seharian orang ramai untuk berkomunikasi secara bertulis di dalam talian.
Jika dahulu, penghantaran mesej memerlukan duit yang telah diisi ke dalam sim kad, namun kini ianya percuma dengan hanya menggunakan internet sahaja.
Bagaimanapun, kemudahan ini pastinya boleh membawa kesan buruk jika penggunaannya tidak dikawal atau disalahguna seperti menghantar mesej-mesej lucah.
Peguam kongsi hukuman jika hantar mesej lucah
Susulan itu, seorang influencer dan peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi telah tampil berkongsi berhubung perkara terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Gandhi berkata menghantar mesej lucah merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.
Menurutnya, kesalahan itu berada di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hantar mesej lucah boleh didenda & penjara, lagi serius jika hantar pada kanak-kanak
Jelas Gandhi, individu yang disabitkan kesalahan menghantar mesej lucah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun.
Menurutnya lagi, hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya mesej berkenaan dihantar kepada kanak-kanak atau individu di bawah umur 18 tahun.
Kata beliau, bagi kes terbabit pula, ia merupakan kesalahan di bawah Akta kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sehubungan itu, Gandhi menasihati orang ramai agar berfikir dahulu sebelum menghantar sesuatu mesej kepada seseorang agar tidak menyesal di kemudian hari.
@lawyergandhi Hantar Mesej Lucah Boleh Kena Penjara? 🚔📵 Menghantar mesej lucah boleh jadi kesalahan jenayah: Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 ➡️ Denda hingga RM50,000 atau penjara 1 tahun! Kalau hantar kepada bawah 18 tahun? Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 ➡️ Penjara hingga 3 tahun & denda Fikir sebelum msg. Jangan sampai menyesal #lawyergandhi #msg #polis #30hari30undang2 #tahukahanda
♬ suara asli – ᴘᴛʀᴀ ft 𝗔𝗣 – ≠ptranofps
Tidak dinafikan ada yang menghantar mesej berbaur lucah kepada rakan-rakan dengan niat hanya sekadar gurauan.
Namun, perkara itu tidak sepatutnya dinormalisasikan oleh masyarakat di Malaysia terutamanya golongan anak-anak muda.
Bergurau tidak salah, cuma biarlah berpada-pada.
Baca Artikel Berkaitan: Baby Shima Kantoikan Lelaki Beri Mesej Berbaur Lucah Dalam Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Padah Simpan Video Lucah Dalam Telefon Bimbit, Lelaki Di Klang Didenda RM3,500
Baca Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Didakwa Di Mahkamah, Berdepan Tuduhan Simpan Gambar & Video Lucah Bekas Kekasih



