fbpx
Now Reading
“Comel!” – Idea Kreatif Surau Guna Lori Mainan Sebagai Tabung Infak Curi Perhatian [Video]

“Comel!” – Idea Kreatif Surau Guna Lori Mainan Sebagai Tabung Infak Curi Perhatian [Video]

Difahamkan tabung infak lori mainan itu digunakan di sebuah surau sekitar Seksyen 4, Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rumah Allah SWT iaitu masjid serta surau bukan sahaja medan bagi umat Islam menunaikan ibadah solat, tetapi juga berperanan untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

Bahkan apabila berada di masjid misalnya, banyak amalan dan kelas ilmu kerohanian yang boleh disertai para Muslim bagi meningkatkan pahala seseorang itu.

Tambahan pula, seperti yang anda selalu lihat pasti ada sahaja tabung masjid diletakkan di sana. Umumnya, tujuan utama tabung itu diwujudkan adalah untuk mengumpul dana bagi aktiviti-aktiviti pengimarahan serta menambah baik fasiliti sedia ada.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian

Surau Guna Lori Mainan Sebagai Tabung Infak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@merisikkk) apabila seorang lelaki berkongsi suasana para jemaah semasa berada di dalam sebuah surau dipercayai sekitar Seksyen 4, Shah Alam.

Menerusi video perkongsian, kelihatan jemaah-jemaah lelaki tersebut sedang duduk di saf masing-masing sambil mendengar tazkirah.

Kebiasaannya pada waktu itu, tabung infak akan diagihkan mengikut barisan kepada orang ramai khusus buat mereka yang mahu menghulurkan sedikit sumbangan. Namun kali ini, surau berkenaan tampil dengan rupa bentuk tabung yang sedikit berbeza dan ‘rare’.

Kelihatan tabung lori mainan saiz mini tersebut sedang bergerak di atas karpet surau itu berserta nota bertulis, “Tabung Infaq Surau.”

Tabung itu dilihat lebih mudah untuk dihulurkan ke orang sebelah kerana rodanya. Tabung lori itu dalam masa sama telah mencuri perhatian jemaah surau yang hadir.

@meriskkk Selalu kalau lori bawa duit ni kena ada plan besar, ni takat angkut je 😂 #fyp #fypシ ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tabung Surau Berupa Lori Mainan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat tertarik dengan tabung lori mainan itu.

“Kreatif! Pom pom (bunyi hon), sila masuk duit. Nak buat tour (jelajah) ni,” kata seorang pengguna TikTok

Malah ada individu yang berkata tabung itu boleh membuatkan para jemaah lebih bersemangat untuk bersedekah.

“Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid ni tahu lelaki ni baik muda sampai la ke tua suka main lori-lori macam ni. Teknik pemasaran yang bagus,” seloroh seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga memberi peringatan kepada orang dewasa untuk memerhati aktiviti anak kecil semasa berada di surau itu lebih-lebih lagi jika terserempak dengan tabung unik tersebut.

“Budak-budak sukalah datang surau ni. Tabung datang, terus bawa lari lori tu bawa balik,” jenaka seorang lelaki.

Dalam masa sama, ada yang berkata inisiatif menggunakan lori mainan sebagai tabung boleh memupuk dan mengajar kanak-kanak bersedekah sejak kecil.

Sumber: TikTok (@merisikkk)

Tips Didik Anak Bersedekah

Selain menggunakan lori mainan bagi memupuk semangat kanak-kanak bersedekah, terdapat banyak lagi kaedah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengajar anak mereka.

Sumber: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Sediakan Baju Melayu Terpakai Secara Percuma, Niat Bantu Golongan Kurang Mampu Raih Pujian

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kelebihan amalan bersedekah adalah ganjaran pahala berterusan meskipun pemberi sedekah sudah meninggal dunia. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

‏ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan, terputuslah amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

[Riwayat Muslim (1631)]

Sumber: Facebook Tabung Surau/Freepik

Antara tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk didik anak menderma adalah seperti berikut:

  • Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan kerap menunjukkan kepada anak bahawa anda selalu bersedekah.
  • Menerangkan kepada anak hikmah dan kebaikan menderma.
  • Menunjukkan kepentingan bersedekah kepada golongan memerlukan.
  • Mengajar anak tentang nilai kesederhanaan, dan berkongsi rezeki dengan orang ramai.
  • Sediakan checklist amalan baik agar anak teruja untuk menghulurkan sumbangan.

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terhibur Lihat Dua Lelaki ‘Bertengkar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.