Wartawan China Fasih Berbahasa Melayu, Siap Pesan Nasi Kandar Sebelum Jumpa PMX [Video]
Apa yang menarik, setiap wartawan dari China itu mempunyai nama Melayu tersendiri yang dikatakan diberi oleh Pensyarah mereka ketika mempelajari Bahasa Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia untuk berkomunikasi seperti bertutur, menulis termasuklah dalam penggunaan harian walau dimana pun kita berada.
Namun ia adalah sesuatu perkara yang luar biasa apabila terdapat pelancong atau individu dari luar negara boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan begitu fasih.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan kesungguhan seseorang individu itu kerana mereka berusaha mempelajari bahasa ibunda untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.
Wartawan China buat ramai terkejut fasih berbahasa Melayu
Terbaharu, sekumpulan wartawan dari China telah meraih perhatian ramai apabila mereka begitu fasih berbahasa Melayu.
Kumpulan wartawan itu dipercayai hadir ke Malaysia bersempena dengan lawatan Presiden China, Xi Jinping bersama dengan menteri kabinetnya yang bermula pada 15 hingga 17 April ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Nak Susahkan Rakyat” – Lelaki Kongsi Sebab Jalan Ditutup Ketika Kunjungan Presiden China [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Presiden China Mulakan Lawatan Di Malaysia Bermula Esok, Bincang Kerjasama 2 Hala
Berkunjung ke restoran dan pesan nasi kandar
Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang wartawan yang dikenali sebagai Husna Liang Liang di TikTok, awalnya kelihatan dia dan rakan-rakan media lain sedang berada di sebuah restoran di Putrajaya.
Dalam video berkenaan, Husna memaklumkan dia dan rakan media telah berkunjung ke restoran terbabit untuk menikmati Nasi Kandar yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Malah Husna turut menemubual kesemua rakan medianya untuk menunjukkan menu lauk yang dipilih untuk nasi kandar berkenaan.
Setiap wartawan ada nama Melayu tersendiri yang diberi pensyarah
Apa yang menarik, setiap wartawan turut mempunyai nama Melayu mereka tersendiri seperti Fadil, Rahman, Latifah dan Satria.
Menerusi video berkenaan, rata-rata mereka memilih lauk-pauk seperti ayam goreng, sotong masak kari, sayur campur, dan juga rendang.
Lebih mencuri tumpuan ketua wartawan itu yang digelar Bos memaklumkan sebelum ini dia pernah menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2006.
Ujarnya, selepas beberapa tahun dia melihat terdapat banyak perubahan di kawasan berkenaan seperti lebih banyak pokok, orang ramai termasuklah kedai.
Tidak kurang juga ada rakan media yang memaklumkan mereka perlu makan dan bertenaga kerana mempunyai sesi wawancara bersama Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Semua bercakap Bahasa (Bahasa Melayu) dan order hidangan Malaysia! Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit (pakaian),” tulisnya di ruangan kapsyen.
@husnaliangliang Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia!😋 Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha! #cinacakapMelayu #hidanganMalaysia #nasikandar #HusnaLiang #fyp
♬ 原创音乐 – Husna
Dalam beberapa video yang dikongsikan, sebelum ini Husna juga pernah menemubual Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof pada tahun 2023.
@husnaliangliang Chinese reporter interviews the Deputy Prime Minister #fadillahyusof in Malay Language. ⭐Terima kasih Dato’ Sri, saya akan terus berusaha.😊 #bahasamelayu #malaysia #wawancara
♬ 原声 – Husna – Husna
Ramai teruja dengar semua wartawan media dari China fasih cakap Bahasa Melayu
Menjengah ke ruang komen, ramai yang teruja apabila mendengar semua wartawan berkenaan boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan begitu jelas.
Malah tiada sedikit ‘slang’ yang didengari menunjukkan mereka seperti dari China apabila bertutur menggunakan Bahasa Melayu.
Lebih menarik lagi, Husna turut memaklumkan nama yang diberitahu adalah nama yang diberikan oleh pensyarah mereka ketika mempelajari subjek Bahasa Melayu.
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada wartawan berkenaan.
“Wow, pandainya Bahasa Melayu”

“Hebat sungguh, mereka dari China boleh berbahasa kebangsaan dengan baik…”

“Wei menariknya, saya pula Melayu yang fasih Mandarin”

“Tak duduk Malaysia senang betul korang lancar cakap Bahasa Melayu…”




