Tular ‘Car Wash’ Tawar Servis Cuci Semua Jenis Kenderaan Termasuk Kapal Selam & Jet Pejuang [Video]
Luar biasa sungguh bila ‘car wash’ jadi ‘all wash’ semata-semata nak cuci kapal selam, helikopter dan seangkatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila kereta atau motosikal sudah kotor dan kita malas mencucinya sendiri, kedai cuci kereta (car wash) lah jawapannya. Tak usah penatkan diri, hanya perlu bayar sahaja.
Jika dahulu, kedai membasuh kereta hanya menawarkan servis mencuci luar dan dalam kenderaan pada harga tertentu mengikut jenis serta saiz.
Namun kini terdapat banyak ‘car wash’ yang sudah menawarkan pelbagai pakej lain seperti ‘water wax’, ‘detailing’ dan banyak lagi.
Tular ‘car wash’ ambil upah cuci semua jenis kenderaan di darat, udara dan air
Pun begitu, lain pula dengan sebuah kedai car wash ini yang tular di media sosial apabila menawarkan perkhidmatan cucian untuk semua jenis kenderaan yang ada di darat, udara mahupun air.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @syagreyyy, kedai car wash terbabit kelihatan biasa sahaja sama seperti kedai-kedai membasuh kenderaan yang lain.
Bagaimanapun, pemilik video telah tertarik dengan senarai jenis kenderaan dan harga bagi cucian luar berserta servis ‘vacuum’ untuk kategori kenderaan berat yang ditawarkan oleh kedai berkenaan.
Kapal terbang, helikopter, jet pejuang, dan kapal selam pun boleh dicuci?
Kelihatan jelas pada kain rentang di kedai ‘car wash’ berkenaan senarai-senarai harga bagi kenderaan berat seperti lori, trelar, bas, excavator dan backhoe.
Namun ia kelihatan pelik apabila turut menyenaraikan kapal terbang, helikopter, jet pejuang, bot dan kapal selam.
Tidak pasti sama ada pemilik kedai car wash itu hanya bergurau atau benar-benar menawarkan servis cucian dan ‘vacuum’ bagi kenderaan-kenderaan terbabit.
@syagreyyy Lama dah tak basuh helikopter kat rumah tu boleh datang sini. wkwkwk🤣 Langkap ajeee komeee.
♬ original sound – Antonio Altiparmak
Netizen terhibur siap berseloroh pernah bawa kapal selam cuci di sana
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat senarai servis mencuci kenderaan berat yang ditawarkan oleh kedai terbabit
Kebanyakan netizen juga berseloroh akan menghantar helikopter serta jet pejuang mereka untuk dicuci di sana.
Tidak kurang yang bergurau dengan meminta excavator miliknya untuk dicuci pada bahagian tayar sahaja.






