fbpx
Now Reading
Tak Dapat Hadir Nikah, Rakan Pejabat Anjur Jamuan Raya Tema Majlis Kahwin Untuk Rai Pengantin [Video]

Tak Dapat Hadir Nikah, Rakan Pejabat Anjur Jamuan Raya Tema Majlis Kahwin Untuk Rai Pengantin [Video]

Apa yang menarik, rakan-rakan pejabat pasangan pengantin ini turut membawa tepak sirih, hantaran, dan bunga telur ketika mengiringi pengantin masuk ke dewan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pasangan yang menyulam cinta pasti ingin mengakhiri hubungan tersebut dengan satu ikatan perkahwinan yang sah.

Malah bagi mereka yang sudah merancang untuk berkahwin pastinya ingin menjemput rakan-rakan untuk menghadiri majlis yang dilakukan.

Namun adakalanya segelintir rakan-rakan atau keluarga tidak dapat menghadirkan diri ke majlis istimewa ini disebabkan faktor kekangan masa, jauh dan sebagainya.

Rakan pejabat buat jamuan raya bertema majlis kahwin sempena raikan pasangan pengantin

Baru-baru ini, sekumpulan rakan sepejabat telah meraih perhatian ramai apabila mengadakan majlis perkahwinan untuk meraikan pasangan pengantin baru yang juga rakan sekerja mereka ketika jamuan Hari Raya.

Menerusi video dikongsikan oleh Shira Mansor di TikTok, awalnya kelihatan mereka berkumpul dan masuk ke dalam dewan sambil berarak mengiringi pasangan pengantin.

Apa yang menarik perhatian lagi, mereka turut membawa barangan seperti hantaran dan juga bunga telur seperti yang biasa dilihat dalam kebanyakan majlis perkahwinan.

Kelihatan pasangan pengantin mengenakan busana dengan warna sedondon iaitu ungu lembut.

Turut kelihatan orang ramai juga sudah mula memenuhi dewan dan gembira apabila melihat rombongan pengantin itu masuk ke ruangan berkenaan.

Rai pengantin kerana tak dapat hadir majlis kerana jauh

Bukan hanya itu, ketika sedang berarak mereka turut menggunakan bunyi latar paluan kompang untuk memeriahkan majlis.

Selain itu, kelihatan pelamin turut disediakan untuk meraikan pasangan mempelai.

“Memandangkan pasangan mempelai buat majlis jauh nun di Sarawak. Tiada wakil jabatan berkesempatan untuk hadir. Jadi kami buat Majlis Jamuan Raya Jabatan bertemakan majlis kahwin.

“Siap ada pelamin, bunga telur, tepak sirih, barang hantaran, bunga mangga dan juga cenderahati (goodies),” katanya.

@shiramansor

Memandangkan pasangan mempelai buat majlis jauhh nunn di Sarawak, tiada wakil jabatan berkesempatan untuk hadir. Jadi kami buat Majlis Jamuan Raya Jabatan bertemakan Majlis Kahwin 👰🏻‍♀️🤵🏻 Siap ada pelamin, bunga telur, tepak sirih, barang hantaran, bunga mangga, goodies😂 #jamuanraya #kendurikahwin #selamatpengantinbaru

♬ suara asli – Eka Gustiwana – Eka Gustiwana

Dalam satu lagi video yang dikongsikan kelihatan mereka tidak meraikan satu pasangan sebaliknya dua pasangan pengantin di mana keduanya sebelum ini mengadakan majlis di Sabah dan Sarawak.

Kelihatan mereka turut mendapat hadiah seperti duit raya daripada bos sebagai hadiah untuk setiap pasangan pengantin.

@shiramansor

Replying to @Syazanaazri | AFFILIATE TIKTOK Hahahah😂 Direct pengantin dapat Salam Duit Raya je dari Bos😂 #jamuanraya #kendurikahwin #selamathariraya

♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Ramai teruja lihat pasangan pengantin dirai dengan meriah oleh rakan pejabat

Melihat di ruangan komen ramai yang teruja dengan kemeriahan serta kesungguhan rakan-rakan di pejabat berkenaan kerana mereka berusaha meraikan mempelai.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan nilai sahabat yang tinggi kerana mereka berusaha meraikan pasangan terbabit selepas tidak dapat hadir ke majlis sebenar.

Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru kepada pasangan terbabit.

“Wah meriah ya, bestnya”
“Selamat pengantin baru, bertuahnya dapat kawan-kawan sebaik ini”
“Weh amalan apa korang buat sampai dapat kawan pejabat macam ni?”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.