“Lain Dari Lain” – Buat Promosi Kedai Macam Program TV ‘999’, Idea Kreatif TikToker Raih Pujian Ramai [Video]
Menariknya, wanita itu siap melakonkan gaya serta meniru suara mirip pengacara program televisyen 999 iaitu Zakiah Anas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, pelbagai cara yang digunakan oleh golongan usahawan atau peniaga dalam melariskan produk jualan mereka.
Selain daripada mengupah syarikat pengiklanan, ada yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan influencer atau pempengaruh untuk mempromosikan produk mereka.
Kebiasaannya, kebanyakan influencer hanya akan membuat review atau berkongsi pengalaman mereka menggunakan barang tersebut di samping memuat naik gambar sebagai cara untuk mempromosikan barangan berkenaan.
TikToker Buat Promosi Ala-Ala Program Siri TV Popular TV3
Namun, lain pula dengan seorang pencipta kandungan atau TikToker ini yang tampil dengan idea kreatif dalam mempromosikan sebuah kedai membaiki gajet yang terletak di Temerloh, Pahang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @seorangaen, apa yang menjadi perhatian adalah cara dia ‘memasarkan’ produk tersebut dilihat agak unik dan berbeza.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat video promosi berkenaan seolah-olah seperti satu siri program televisyen popular, 999.
Wanita Lakonkan Diri Sebagai Pengacara, Siap Serbu Lokasi Kejadian & Temu Bual ‘Penjenayah’
Menariknya, wanita itu siap melakonkan gaya serta meniru suara mirip pengacara program tersebut iaitu Zakiah Anas.
Malah, dia bersama jurukamera dilihat membuat ‘serbuan’ di premis terbabit dan menemu ramah pekerja yang kononnya dianggap penjenayah.
Lebih menarik, butiran temu bual itu juga adalah berkisarkan tentang servis yang disediakan serta waktu operasi.
Menerusi perkongsian tersebut, ada adegan yang memaparkan seolah-olah dia sedang menunjukkan bahan bukti kepada penjenayah berkenaan sedangkan ia merupakan kertas promosi.
Bukan itu sahaja, ada adegan yang memaparkan dia menemu bual individu yang pernah menjadi ‘mangsa’ atau dalam erti kata lain pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari kedai gajet berkenaan.
@seorangaen Replying to @fydae95 akhirnya dibongkang! #seorangaen @antshinservices
♬ original sound – SeorangAen – SeorangAen
Pengguna Teruja & Luah Rasa Kagum, Anggap Review Lain Dari Lain
Video yang telah mendapat lebih 1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan meluahkan rasa kagum apabila melihat kandungan video wanita berkenaan.
Malah, ada yang menyifatkan cara dia memasarkan premis berkenaa sebagai kreatif dan berbeza dari kebiasaan.
Tidak hanya itu, ada segelintir yang tidak menyangka video seperti program televisyen jenayah popular itu merupakan kandungan untuk review produk.
Rupanya Pernah Promosi Produk Ala-Ala Program Melodi
Untuk info, ini bukanlah pertama kali pengguna berkenaan membuat review sebegitu.
Sebelum ini, dia pernah membuat review sebuah produk seolah-olah seperti program gosip artis popular, Melodi.
Menerusi video berkenaan, dia melakonkan gaya seorang artis yang mengalami sakit tekak ketika membuat persembahan.
@seorangaen Replying to @Ayiematpiah MELODI DARKWEB MINGGU INI DITAJA OLEH @TROPIKA , tiada lagi berdehem2! Spray sahaja TROPIKA FRESH & COOL! #seorangaen
♬ DESTRUCTION – SCXR SOUL & NONTHENSE
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Kak Punya Marketing Luar Kotak La, Part Last Tu Seram”

“Tak Pernah Lagi Rasa Berdebar Macam Ni Bila Tengok Konten Promote Produk”

“Luar Dari Kotak Konten Marketing, Nanti Buat Edisi Seram Pula, Misteri Nusantara”

“Smart Jalan Cerita Konten Ni, Another Level Punya Marketing”

“Marketing Paling Unik Aku Pernah Tengok”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Terpaksa Tunjuk Cara Masak Selepas Pelanggan Bagi Review 1 Bintang Kerana Terus Makan Ketupat Frozen [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sakit Perut Tak Bang?” – Lelaki Malaysia Santai Review Makanan ‘Street Food’ Di India Curi Tumpuan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penyanyi Nasyid Review Tandas Di China Raih Perhatian Ramai [Video]



