fbpx
Now Reading
Isu Wanita Berpakaian Seksi Menari Di Pesta Songkran: Mufti Pulau Pinang Gesa Tindakan Tegas Diambil

Isu Wanita Berpakaian Seksi Menari Di Pesta Songkran: Mufti Pulau Pinang Gesa Tindakan Tegas Diambil

Dalam pada itu, Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi turut menzahirkan rasa kesal berhubung insiden berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai video tular beberapa orang wanita sedang menari dengan pakaian mencolok mata di sebuah premis yang dipercayai terletak di tepi pantai Batu Ferigghi, Pulau Pinang.

Difahamkan, mereka menari ketika sambutan pesta muzik Songkran yang diadakan pada Ahad (13 April) lalu.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan wanita-wanita berkenaan berpakaian mencolok mata sambil menari di hadapan orang ramai.  

Apa yang lebih mengecewakan, timbul dakwaan yang mengatakan lokasi sambutan tersebut dikatakan hanya terletak kira-kira 50 meter dari sebuah masjid berhampiran.

Mufti Pulau Pinang Sifatkan Aksi Tidak Bermoral Cemar Imej Negara, Gesa Tindakan Tegas Diambil

Video yang tular itu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Jelas beliau, aksi itu disifatkan sebagai perbuatan tidak bermoral yang dilihat boleh mencemarkan imej negara serta menyinggung sensitiviti agama dan budaya masyarakat.

Malah, beliau menggesa semua pihak termasuklah pihak berkuasa untuk mengambil beberapa langkah tegas.

Tambah Mohd Sukki lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera mengikut undang-undang sedia ada kepada mereka yang terlibat.

“Selain itu, pihak pengurusan kawasan pelancongan diminta memperketat garis panduan dan kawalan agar insiden sedemikian tidak berulang.

“Masyarakat pula diminta agar lebih cakna, tidak memandang remeh isu kemungkaran awam serta memainkan peranan dalam usaha amar makruf nahi mungkar secara berhikmah,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Perbuatan Wanita Menari Dalam Keadaan Mencolok Mata Bertentangan Dengan Adat Ketimuran

Beliau juga berpendapat ia bukan sekadar bertentangan dengan adat ketimuran namun mencabar ajaran Islam yang merupakan agama rasmi serta asas kepada pembinaan masyarakat yang berakhlak serta bermaruah.

“Islam amat menekankan nilai maruah, kesopanan dan penjagaan aurat, bukan hanya dalam ruang peribadi tetapi lebih-lebih lagi di tempat awam.

“Tindakan membuka aurat dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan merupakan satu kemungkaran yang mesti dicegah,” jelasnya lagi.

Beri Contoh Buruk Kepada Golongan Muda

Jelas beliau lagi, perbuatan sebegitu boleh menjadi contoh yang tidak baik kepada golongan anak muda serta mengancam keharmonian masyarakat yang hidup dengan nilai agama dan budi pekerti.

“Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, kita wajib memastikan kemuliaan agama ini tidak dicemari oleh perbuatan yang jelas bertentangan dengan tuntutan syarak dan norma masyarakat yang bermaruah.

“Agama dijunjung, maruah dipelihara, ini adalah prinsip yang perlu kita pegang bersama,” terangnya lagi.

Kariah Masjid Turut Luah Rasa Kesal

Dalam pada itu, Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi turut menzahirkan rasa kesal berhubung insiden berkenaan.

Jelas Pengerusi Kariah, Ismail Din, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit hanya selepas video tersebut tular di media sosial pada Ahad (13 April) lalu.

“Pihak kariah tidak dimaklumkan lebih awal mengenai sebarang penganjuran aktiviti sedemikian dan kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular memaparkan aktiviti tarian separuh bogel oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran di situ.

“Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelikkan,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Pada masa yang sama, Ismail juga menggesa agar pihak berkuasa berhati-hati dalam meluluskan permit penganjuran program sebegitu.

Terdahulu, penganjuran acara yang dipercayai berlangsung selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad lalu pernah mendapat bantahan daripada Pas Pulau Pinang.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, program tersebut jelas mempromosikan acara mencolok mata dan merendahkan nilai insani yang dimuliakan tuhan.

Katanya dipenang 😱

Posted by Amigos Media VIRAL on Sunday 13 April 2025

Wanita menari mencolok mata cemar imej Batu Feringghi Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my Georgetown: Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi, di sini, kesal dengan video tular memaparkan beberapa wanita menari separuh bogel dan mencolok mata dipercayai ketika Pesta Songkran, baru-baru ini. Pengerusinya Ismail Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video kejadian berkenaan didakwa berlaku di Batu Feringghi apabila tular di media sosial pada Ahad lalu. "Kami hanya tahu mengenainya selepas video berkenaan tular, yang memaparkan aktiviti tarian separuh bogel, mencolok mata oleh beberapa wanita di tingkat atas sebuah restoran. "Ia jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Katanya, penganjuran aktiviti berkenaan adalah amat tidak bermoral dan pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu kerana tidak sensitif dan mencemar imej pantai Batu Feringghi yang menjadi tumpuan awam. "Kami menyarankan pihak berkuasa yang terbabit melihat dengan lebih teliti permohonan permit sebelum memberi kebenaran bagi mengelakkan aktiviti seperti ini berulang di masa hadapan kerana menggugat sensitiviti masyarakat Islam di sini," katanya. Terdahulu, tular video berdurasi 37 saat itu memaparkan beberapa wanita berpakaian mencolok mata menari di restoran terbabit. Ia mendapat pelbagai reaksi warganet berikutan lokasi penganjuran aktiviti itu yang terletak kira-kira 50 meter daripada masjid. Disiarkan pada: April 16, 2025 @ 10:33am Artikel : Harian Metro Update ✍️

Posted by Update info semasa #Update on Tuesday 15 April 2025

Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: PAS Mahu Amalan Peraga Model Wanita Seksi Semasa Perlumbaan MotoGP Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Gadis Berpakaian Seksi & ‘Catwalk’ di Kota Bharu,Kelantan Undang Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.