“Bukan Nak Susahkan Rakyat” – Lelaki Kongsi Sebab Jalan Ditutup Ketika Kunjungan Presiden China [Video]
Negara-negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat mempunyai protokol keselamatan paling tinggi apabila pemimpinnya membuat lawatan ke luar negara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini, Presiden China, Xi Jinping bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanannya sedang mengadakan lawatan di Malaysia selama tiga hari bermula semalam (15 April) sehingga 17 April.
Kehadiran pemimpin negara Tembok Besar itu menyebabkan beberapa kawasan jalan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada delegasi berkenaan.
Penutupan jalan sementara telah menyebabkan berlakunya kesesakan sekali gus menimbulkan persoalan daripada segelintir individu mengenai sebab perkara terbabit dilakukan.
Malah ada yang mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa kerana seolah-olah mahu menyusahkan rakyat, walhal ianya bersebab.
Baca Artikel Berkaitan: Presiden China Mulakan Lawatan Di Malaysia Bermula Esok, Bincang Kerjasama 2 Hala
Bukan nak susahkan rakyat, jalan ditutup demi keselamatan Presiden China
Susulan itu, seorang pencerita dan penulis buku dikenali sebagai Azmi Jamaludin tampil berkongsi berhubung perkara itu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Azmi berkata penutupan jalan dilakukan bukanlah untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya demi menjaga keselamatan pemimpin kedua paling berkuasa di dunia itu.
“Pemimpin China ini boleh dikatakan sebagai ‘high risk target’ maksudnya beliau ini antara pemimpin yang paling banyak musuh,” katanya.
Pemimpin negara kuasa besar ada protokol keselamatan paling tinggi
Menurutnya, negara-negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat mempunyai protokol keselamatan paling tinggi apabila pemimpinnya membuat lawatan ke luar negara.
“Sniper atas bumbung, drone, helikopter, kereta kalis peluru, laluan khas, semua ini kena ada. Satu sahaja kesilapan boleh jadi krisis diplomasi antarabangsa.
“Sudah 15 tahun China jadi rakan dagang terbesar Malaysia. Antara pelaburan besar China adalah projek ECRL (East Coast Rail Link),” katanya lagi.
Jelas Azmi lagi, lawatan Xi pada kali ini juga amat penting bagi Malaysia dan juga Asean terutamanya selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif mengejut baru-baru ini.
@azmi.jamaludin Kenapa bila Presiden China datang, Malaysia sampai kena tutup jalan?” Ini bukan sebab nak menyusahkan rakyat tapi sebab ni soal keselamatan pemimpin no dua paling berkuasa didunia. Presiden China ni dikira high risk target. Maksudnya dia antara pemimpin paling banyak musuh. Negara kuasa besar macam China, US semua ni kena ada protokol keselamatan paling tinggi bila buat lawatan luar negara. Sniper atas bumbung, dron, helikopter, kereta kalis peluru, laluan khas semua ni kena ada. satu je silap boleh jadi krisis diplomatik antarabangsa. Lawatan ni juga peluang untuk Malaysia bincang pasal pelaburan, teknologi, keselamatan dan perdagangan. Dah 15 tahun China jadi rakan dagang terbesar Malaysia. Antara pelaburan besar China adalah Projek ECRL. Lawatan Xi Jinping kali ni juga sangat penting bagi Malaysia dan juga Asean terutama lepas trump umumkan tariff. Kalau suka info seperti ini jemput untuk follow. #azmijamaludin #misiniaga #lawatanxjinping
♬ Epic Inspiring – Kidmada
Keselamatan Presiden China dijaga demi ekonomi dan kedaulatan Malaysia
Dalam pada itu, bekas juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Ezairol Rezan Zainol turut tampil di Facebook menjelaskan mengenai sebab Malaysia begitu menitik beratkan soal keselamatan Xi.
“Kita bukan menjunjung negara komunis, tapi kita sedang menggunakan budi bicara, bahasa halusnya diplomatik untuk menjaga ekonomi dan kedaulatan negara,” kata Mohd Ezairol.
Ujarnya, jika sesuatu berlaku kepada Presiden China, banyak kemungkinan yang mungkin boleh terjadi dan berlaku dalam sekelip mata.
Antara kemungkinan yang disenaraikan oleh Mohd Ezairol adalah:
- Hubungan diplomatik akan terjejas
- Perdagangan antara kedua negara mungkin terhenti serta merta
- Tentera China mungkin akan datang dan gunakan alasan balas dendam untuk menduduki kawasan-kawasan kita yang terletak dalam 9 dash line.
- Ketegangan memuncak di Laut China Selatan
“Bila perkara sebegini terjadi, ekonomi kita mungkin akan runtuh dan terjejas dengan teruk. Masa tu, silap-silap ramai yang akan hilang kerja,” katanya lagi.
1,089 anggota dan pegawai polis ditugaskan kawal keselamatan trafik
Untuk info, seramai 1,089 anggota dan pegawai polis ditugaskan bagi kawalan keselamatan dan trafik sempena lawatan rasmi Xi ke Malaysia.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kawalan keselamatan itu bagi memastikan lawatan berkenaan berjalan lancar.
“Penutupan sepenuhnya laluan yang terlibat adalah satu keperluan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) keselamatan bagi acara-acara penting terutama membabitkan pemimpin negara,” katanya dipetik Sinar Harian.



