Mat Rempit Halang Kereta Di Lebuh Raya Untuk Beri Laluan Lumba Haram Dikecam [Video]
Kejadian mat rempit menghalang laluan di lebuh raya itu dipercayai berlaku sekitar jam 5 pagi pada Sabtu lalu di Temerloh, Pahang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir penunggang-penunggang motosikal dalam kalangan anak muda yang gemar menunggang secara berbahaya.
Golongan yang sering digelar sebagai ‘mat rempit’ ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Makin membimbangkan, apabila golongan ini dilihat semakin ‘naik tocang’ dan berlagak seolah-olah jalan raya milik mereka.
Tular mat rempit halang kenderaan di lebuh raya di Temerloh
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan beberapa lelaki dilihat sesuka hati menahan kenderaan-kenderaan di sebuah lebuh raya di Temerloh, Pahang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok UtusanTV, kejadian terbabit dipercayai berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sekitar jam 5 pagi pada Sabtu lalu (12 April).
“Ada shooting filem gamaknya pukul 5 pagi, sampai tutup lebuh raya. Video inbox UtusanTV, masa dan tarikh kejadian seperti dalam rakaman,” tulis di kapsyen.
Halang kenderaan sebab nak bagi laluan dua motosikal lumba haram
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu menahan kenderaan-kenderaan yang berada di dua lorong lebuh raya terbabit.
Tidak lama selepas itu, terlihat dua penunggang motosikal berada di lorong kanan dan kiri untuk memulakan perlumbaan haram.
Di dalam rakaman sama, turut kelihatan sekumpulan individu berada di tepi lebuh raya dipercayai menyaksikan perlumbaan haram berkenaan, malah mereka menghalang laluan masuk ke sebuah kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
@utusantvofficial 13 APR 25: Ada shooting filem gamaknya pukul 5 pagi, sampai tutup lebuhraya. Video Inbox UtusanTV, masa dan tarikh kejadian seperti dalam rakaman. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #temerloh #menjerit #awalpagi
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Netizen pakat kecam, mahu pihak berkuasa ambil tindakan
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi kecaman terhadap penunggang-penunggang motosikal itu yang telah menyusahkan pengguna lebuh raya yang lain.
Mereka turut meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu berkenaan kerana tindakan itu bukan hanya menyusahkan tetapi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.







