‘Mantap, Power’- Gelagat Sekumpulan Wanita Tarik Kereta Hampir Masuk Longkang Buat Ramai Tergamam [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan kumpulan wanita berkenaan menarik kereta Proton Iswara sambil memakai baju kurung dan berkasut tumit tinggi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui wanita sering kali dilihat sebagai seorang yang lemah lembut dan jarang untuk melakukan kerja berat.
Oleh itu, sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat pekerjaan berat dilakukan oleh golongan lelaki contohnya membaiki kenderaan, mengangkat barangan berat serta banyak lagi.
Namun tidak dinafikan wanita sebenarnya insan yang kuat apatah lagi jika perkara tersebut dilakukan secara berkumpulan.
Gelagat sekumpulan pelajar wanita tarik kereta Proton Iswara raih perhatian
Baru-baru ini, sekumpulan wanita dipercayai di sebuah maktab perguruan telah menarik perhatian ramai dengan kekuatan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Sarah di TikTok, awalnya kelihatan sebuah Proton Iswara dilihat seperti ingin jatuh menjunam ke dalam sebuah longkang.
Namun kelihatan sekumpulan wanita yang juga dipercayai pelajar sedang berkumpul di sekeliling kereta tersebut dan cuba untuk menyelamatkan kenderaan berkenaan daripada menjunam ke dalam longkang.
Dalam video tersebut kelihatan dua wanita berada di bahagian kiri dan kanan kereta sedang menarik kenderaan itu, manakala tiga lagi sedangmenolak dari bahagian hadapan.
Berjaya tarik kereta dari jatuh ke dalam longkang
Tidak lama kemudian kelihatan mereka berjaya menyelamatkan kenderaan tersebut sehingga membuatkan pemandu turut berasa terkejut dan kagum dengan rakan-rakannya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, sekumpulan wanita itu menarik kereta dengan memakai baju kurung dan berkasut tumit tinggi.
Malah ada seorang lagi wanita berbaju kurung hijau turut menjadi perhatian kerana dia hanya menggunakan satu tangan untuk menarik kereta sambil memegang barangan dan beg tangan.
@sarahaydr Sape cakap perempuan lemah 😌
♬ jangan laju laju saye nak rakam ni – KerandaToyol
Ramai kagum lihat gelagat kumpulan wanita tarik kereta
Menjengah ke ruang komen, ramai yang tergamam melihat kebolehan sekumpulan wanita berkenaan kerana berjaya menarik kereta tanpa bantuan golongan lelaki.
Tidak kurang juga ramai kaum lelaki yang kagum melihat kekuatan wanita. Ada juga yang mengatakan wanita sebenarnya kuat namun berpura-pura seperti lemah apabila ada lelaki.
Ramai juga memuji wanita yang berbaju kurung hijau dan disifatkan kuat kerana boleh menarik kereta tersebut dengan sebelah tangan.
“Yang paling kuat tarik kereta sebelah tangan, sebelah lagi pegang file”

“Kalau lelaki tak ada kereta pun dia boleh tolak. Tapi kalau ada lelaki buka botol pun tak boleh”

“Lah tak pasal lelaki tahu kita mampu nak buat benda-benda macam ni”




