fbpx
Now Reading
Misteri Titisan Darah Terkena Tilam Terjawab Selepas Bomba Periksa Rumah Atas [Video]

Misteri Titisan Darah Terkena Tilam Terjawab Selepas Bomba Periksa Rumah Atas [Video]

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah kawasan rumah kedai, namun tiada maklumat lanjut mengenai waktu mayat ditemui serta lokasinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

‘Jiran sepakat membawa berkat’, begitulah pepatah yang sering didengari sejak dahulu lagi bagi memupuk semangat kejiranan dalam setiap rakyat Malaysia.

Ini kerana, menetap di sebuah kawasan kejiranan haruslah sentiasa saling bantu-membantu dan memahami di antara satu sama lain agar kemakmuran hidup bermasyarakat dapat dikekalkan.

Malah, sebagai seseorang yang hidup dalam kawasan kejiranan pula, haruslah peka dengan situasi jiran seperti mengambil berat dan sebagainya.

Lelaki risau keadaan jiran selepas darah menitik dari siling dan ada bau busuk

Seperti baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang tinggal di rumah kedai mengadu kepada pihak berkuasa bahawa terdapat titisan darah yang menitik dari siling di dalam bilik tidurnya dan terkena pada tilam selain bau busuk.

Lelaki terbabit bimbang akan perkara itu kerana mengetahui jiran di tingkat atasnya merupakan seorang warga emas lelaki yang tinggal bersendirian dan sudah lebih tiga hari tidak kelihatan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @norman_affan, sekumpulan anggota bomba bersama pihak polis dan pengawai perubatan kemudiannya tiba untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Jumpa mayat selepas pintu rumah dipecahkan bomba

Setelah pintu rumah jirannya yang berkunci itu dipecahkan anggota bomba, ternyata warga emas terbabit telahpun meninggal dunia dipercayai sudah beberapa hari.

“Ada darah menitik ke katil jiran bawah? Al-Fatihah buat mangsa,” ringkas tulisnya di kapsyen.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah kawasan rumah kedai, namun tiada maklumat lanjut mengenai waktu mayat ditemui serta lokasinya.

Darah mengalir jatuh ke rumah bawah kerana kebetulan mayat berdekatan kawasan rekahan

Menurut pemilik video yang juga anggota bomba, darah atau cecari badan yang keluar daripada mayat berkenaan tembus ke bawah kerana mayat mangsa kebetulan berada dekat dengan kawasan rekahan.

Video berdurasi 1.54 minit itu mendapat perhatian ramai di mana ia meraih lebih 5 juta tontonan dan kira-kira 211,500 tanda suka di TikTok.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib mangsa yang meninggal ketika bersendirian di rumah.

Ada yang menyatakan bahawa kejadian darah menitik itu merupakan petunjuk daripada Allah SWT terhadap lelaki berkenaan untuk memberi tahu mengenai keadaan jirannya yang sudah tiada.

Itulah pentingnya hidup berjiran, perlu sentiasa mengambil berat terhadap jiran-jiran yang lain terutamanya warga emas yang tinggal bersendirian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.