Boleh Ke Solat Dalam Keadaan Gelap? Ini Penjelasannya
Menurut pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, hukum menunaikan solat dalam keadaan gelap atas tujuan untuk menambah rasa khusyuk ketika beribadah adalah dibolehkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solat fardhu merupakan Rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim.
Betapa pentingnya ibadah ini hingga agama Islam memberikan kelonggaran cara mendirikan solat bergantung kepada keadaan seseorang contohnya ketika sakit atau sedang bermusafir.
Bagi segelintir individu, ada memilih mendirikan solat dalam suasana yang gelap.
Sama ada disebabkan keadaan persekitaran seperti tiada bekalan elektrik atau pilihan mereka sendiri yang lebih selesa menunaikan ibadah dalam suasana sedemikian.
Kadang kala, timbul persoalan adakah mendirikan solat dalam suasana yang gelap dibolehkan atau sebenarnya tidak?
Boleh Solat Dalam Gelap Jika Dapat Tambah Rasa Khusyuk – Pendakwah
Menurut pendakwah Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, hukum menunaikan solat dalam keadaan gelap atas tujuan untuk menambah rasa khusyuk ketika beribadah adalah dibolehkan.
Beliau yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menjelaskan perkara itu menerusi akaunnya di X.
“Jika solat berjemaah di masjid dan surau, tiada keperluan untuk menutup lampu,” katanya.
Harus Jika Tahu Arah & Solat Menghadap Kiblat
Menerusi hantaran berasingan, Ustaz Muhammad Fahmi menjelaskan perbuatan itu diharuskan selagi mana seseorang itu tahu arah kiblat dan solat menghadap arah tersebut.
“Bahkan, andai cara itu dapat mencapai khusyuk dalam solat, maka itu lebih utama. Cuma perlu pastikan solat dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya.
Hukum solat dalam gelap dengan tujuan untuk menambah khusyuk adalah dibowehkan.
— Muhammad Fahmi (@fahmirusliMFR) March 5, 2025
Kalau solat berjemaah di masjid dan surau, tiada keperluan untuk tutup lampu. https://t.co/aSroVhuV3x
Disarankan Solat Dalam Keadaan Sedikit Terang Jika Ganggu Rasa Khusyuk
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga turut mempunyai pendapat yang sama berhubung keadaan tersebut.
Jelas mereka, seseorang itu dibolehkan solat di tempat gelap jika yakin menghadap kiblat yang betul, memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna serta tempat solat bersih dari najis.
Namun, jika suasana sebegitu mendatangkan rasa risau atau takut sehingga menganggu khusyuk dalam beribadah, maka seseorang itu perlu solat dengan sedikit cahaya atau dalam keadaan malap.
“Dikhuatiri suasana yang gelap tidak lagi memberi kekhusyukan dalam solat dan juga menyebabkan solat tidak sah,” tulisnya.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Penjelasannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Content Ke?” – Rakaman Lelaki Solat Dalam Banjir Cetus Perdebatan Namun Ada Yang Kata Ianya Sah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Solat Tak Sah Jika Pakaian Ada Bulu Kucing? Ini Penjelasannya



