Ramai Terpegun Lihat Kreativiti Lelaki Ubah Baju Terbakar Kena Iron Jadi Lukisan Cantik [Video]
Menerusi video, lelaki berkenaan turut mengemaskan semula bahagian baju Melayu yang terbakar sebelum mula melukis kartun Upin & Ipin berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tiba sahaja lebaran, pasti ada sahaja di antara kita yang tidak akan terlepas daripada beberapa insiden atau tragedi yang memeningkan kepala seperti rendang tak jadi, lemang tak masak, baju raya terbakar dan banyak lagi.
Hal-hal seperti ini sememangnya membuatkan semua orang berada dalam situasi yang pening, kerana kebiasaannya semua perkara itu berlaku sehari sebelum atau di pagi raya.
Yelah jika baju terbakar dek kerana seterika di pagi raya memang tak akan sempat untuk nak beli yang lain disebabkan kebanyakan kedai sudah tutup dan akhirnya baju berkenaan tidak akan digunakan.
Lelaki gunakan kreativiti ubah baju terbakar kena iron jadi lukisan Hari Raya
Namun seorang lelaki ini telah menunjukan kreativitinya apabila menukarkan baju yang sudah rosak disebabkan terbakar menjadi satu lukisan cantik.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Wisyilukis awalnya kelihatan dia mengambil baju melayu yang berwarna biru daripada almari.
Lelaki itu kemudiannya mengunting bahagian baju yang berlubang disebabkan terkena iron agar ia kelihatan lebih kemas.
Tidak lama kemudian dia menggunakan cat berwarna putih dan mewarnakannya di atas baju Melayu berkenaan sebagai warna asas sebelum memulakan lukisannya.
Upin & Ipin tampil lengkap memakai baju Melayu untuk menyambut Hari Raya di kampung
Wisyilukis kemudian mula melukis wajah kartun Upin dan Ipin yang lengkap memakai baju Melayu berserta samping seolah-olah sedang menyambut Hari Raya di kampung.
Kelihatan wajah kartun berkenaan dilukis dengan penuh gembira. Apa yang lebih menarik, apabila lukisan itu diwarnakan kartun tersebut dilihat begitu mirip seperti di dalam televisyen.
Sebaik lukisannya selesai disiapkan, lelaki berkenaan turut meletakkan sampul duit raya untuk menunjukkan lukisan tersebut membawa tema Syawal yang sedang disambut oleh seluruh umat Islam ketika ini.
Kesan terbakar hilang, yang tinggal hanya lukisan yang cantik
Malah kesan terbakar disebabkan iron sebelum ini juga sudah tidak kelihatan dan baju tersebut menjadi lebih cantik dengan hiasan lukisan Upin & Ipin.
“Raya kalini aku guna balik baju Melayu lama aku yang dah rosak terbakar. Bukan untuk pakai tapi untuk diconteng buat lukisan raya. Selamat Hari Raya semua,” ujarnya di ruang kapsyen.
@wisyilukis Raya kalini aku guna balik baju melayu lama aku yang dah rosak terbakar… bukan untuk pakai tapi untuk conteng buat lukisan raya🤣 selamat hari raya semua!🤩✨ @Upin & Ipin Official @Les’ Copaque
♬ Selamat Hari Raya – Upin & Ipin
Kongsi banyak hasil lukisan dalam akaun media sosial
Dalam satu lagi video yang dikongsikan Wisyilukis turut menunjukkan dia melukis gambar potret seorang individu di atas samping.
Potret itu kemudiannya dibingkaikan agar ia kelihatan lebih cantik dan boleh menjadi perhiasan di dalam rumah.
Selain itu, lelaki ini turut berkongsi pelbagai lagi hasil seninya yang dilihat begitu cantik. Malah salah satu lukisannya juga pernah dipertontonkan di Istana Negara apabila dia menerima tempahan untuk melukis potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
@wisyilukis benda boleh lukis buat apa ambik gambar hahahahah tu pun lukis atas sampin je terus😂😭
♬ Jom Raya – Daiyan Trisha
@wisyilukis tiba-tiba dapat idea nak buat lampu raya guna sarung ketupat😆😂 so kitorang buat je sendiri lampu raya ketupat saiz manusia🤣🤣🤣
♬ original sound – wisyilukis – wisyilukis
Ramai kagum lihat hasil seni yang ditunjukkan lelaki ini
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kreativiti Wisyilukis sebaik melihat hasil lukisan berkenaan.
Malah ada juga yang menyifatkan sekiranya lukisan baju Melayu itu dijual pasti ramai yang ingin membelinya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sony Pictures Tertarik Lihat Lukisan Venom Dengan Corak Batik Malaysia, Anggap Ia Luar Biasa!
“Ni kalau aku buat tak jadi Upin & Ipin”

“Cantik, tangan penuh seni ni”

“Baju limited edition”




