Orang Ramai Bantu Kutip Wang Penghantar Makanan Tercicir Di Tengah Jalan Raih Pujian [Video]
Kejadian terbabit dipercayai berlaku sekitar pukul 6.35 petang pada Sabtu lalu (5 April), bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain memiliki keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya, Malaysia juga terkenal dengan keramahan dan kebaikan rakyat-rakyatnya.
Sejak di bangku sekolah lagi kita sebagai rakyat di negara ini sudah dipupuk mengenai kepentingan saling bantu membantu tanpa mengira bangsa.
Perkara terbabit seharusnya terus diterapkan di dalam diri kita meskipun kini sudah melonjak dewasa agar negara ini terus aman dan makmur.
Orang ramai bantu kutip wang kertas terjatuh atas jalan raya
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan orang ramai tanpa mengira bangsa datang membantu mengutip wang kertas yang bertaburan di sebuah kawasan jalan raya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @anthraxxx781, kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas dompet milik seorang penghantar makanan terjatuh semasa sedang menunggang motosikal menyebabkan wang kertas berterbangan di atas jalan.
Kejadian terbabit dipercayai berlaku sekitar pukul 6.35 petang pada Sabtu lalu (5 April), bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasinya.
Sanggup keluar dari kenderaan bantu kutip duit
Beberapa pengguna jalan raya yang melihat kejadian itu semasa sedang menghadapi kesesakan lalu lintas telah bertindak keluar daripada kenderaan masing-masing dan bantu mengutip wang terbabit.
Dalam video terbabit, kelihatan pemandu serta penumpang kereta jenis Toyoto Vios menyalakan lampu kecemasan sebelum mereka turun mengutip wang kertas yang berselerakan di atas jalan raya itu.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi penunggang motosikal juga bertindak berhenti di tepi jalan dan menghulurkan bantuan sama.
Ke semua mereka kemudiannya menyerahkan wang-wang terbabit kepada penghantar makanan itu yang berpatah balik untuk mengambil dombetnya.
Dompet seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal, menyebabkan wang kertas berterbangan di atas jalan. Ketika kesesakan lalu lintas, ramai pengguna jalan raya yang prihatin sanggup turun dari kenderaan untuk bantu kutip wang tersebut. pic.twitter.com/7pUH7jpYup
— @ (@anthraxxx781) April 9, 2025
Netizen puji dan sebak lihat kebaikan rakyat Malaysia
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian terhadap individu-individu yang telah membantu mengutip wang kertas terbabit.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang berasa sebak melihat video berkenaan yang menunjukkan betapa beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia.
Tiada siapa yang mengarah, mereka datang membantu dengan sendirinya atas dasar rasa prihatin, itulah rakyat Malaysia. 🥲






