fbpx
Now Reading
“Kucing Tu Elok Je Healing, Korang Call 999” – Bomba Luah Terima Panggilan Palsu [Video]

“Kucing Tu Elok Je Healing, Korang Call 999” – Bomba Luah Terima Panggilan Palsu [Video]

Difahamkan, pasukan anggota bomba berkenaan menerima panggilan daripada seorang individu mengenai seekor kucing yang berada di atas pokok sebelum bergegas ke lokasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjadi seorang anggota bomba bukanlah tugas yang mudah apabila nyawa menjadi taruhan demi menyelamatkan manusia atau haiwan daripada bahaya seperti kebakaran dan sebagainya.

Selain itu, pelbagai perkara lain yang harus dihadapi oleh anggota bomba termasuklah menerima panggilan palsu.

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada individu yang tergamak melakukan panggilan palsu hanya suka-suka atau menghubungi pihak bomba bagi isu yang terlalu remeh.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Terkedu, Terima Panggilan Kes Kebakaran Sekali Sampai Apinya Kecil [Video]

Tular bomba terima panggilan palsu, kucing tersangkut atas pokok

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan anggota bomba dipercayai telah menerima panggilan palsu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @fien_aron, mereka menerima panggilan daripada seorang individu mengenai seekor kucing yang berada di atas pokok.

Susulan itu, pasukan bomba terbabit segera bergegas ke lokasi bagi khidmat khas kucing tersangkut atas pokok.

Ingatkan kucing tersangkut atas pokok, rupanya tengah ‘healing’

Bagaimanapun, setibanya mereka ke lokasi yang berdekatan sebuah kawasan pantai itu, kucing berkenaan bukanlah berada dalam kecemasan.

Dalam video terbabit, turut kelihatan si bulus berkenaan berada di atas pokok yang tidak terlalu tinggi daripada tanah.

Jelas kelihatan kucing terbabit hanyalah duduk santai di atas pokok sambil menikmati angin laut, malah haiwan itu juga seakan tidak mengendahkan anggota-anggota bomba berkenaan.

“Hanpa depression kisah selepas hari raya, kami depression dengan panggilan palsu lepas raya. Kucing itu elok je healing, hanpa ‘tibai’ (hubungi) 999,” tulis di dalam video.

@fien_aron

Khidmat Khas: Kucing tersangkut atas pokok.

♬ 꿈과 책과 힘과 벽 – JANNABI

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang terhibur lihat reaksi kucing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat video berkenaan dan reaksi kucing itu.

Mereka turut menyatakan terdapat hikmah atas apa yang berlaku seperti anggota-anggota terbabit dapat menikmati suasana di pantai sambil melihat laut.

Mungkin juga pemanggil terbabit bukanlah berniat untuk membuat panggilan palsu dan hanya berfikir bahawa perkara berkenaan memerlukan bantuan bomba.

Boleh didenda hingga RM50,00 dan penjara jika buat panggilan kecemasan palsu

Apa-apa pun, kami ingin mengingatkan anda semua bahawa membuat panggilan palsu juga merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa.

Menurut hantaran di laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, mengikut undang-undang, membuat panggilan palsu adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan ini bukan sahaja membazirkan masa dan sumber, tetapi juga menghalang pasukan bomba dari membantu mereka yang benar-benar memerlukan,” kata kenyataan itu.

Berikut komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.