Berlainan Agama, Wanita Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Mentua Di Nirvana Memorial Park [Video]
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan turut menunjukkan taman yang dihias cantik di dalam kawasan perkuburan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut mengenai Nirvana Memorial Park umum pasti mengetahui ia merupakan kawasan perkuburan yang disediakan untuk mereka yang beragama Islam seperti Kristian, Budha dan sebagainya.
Kawasan perkuburan ini sering dikenali sebagai kawasan mewah di mana ia menawarkan beberapa pakej sekiranya seseorang individu itu ingin disemadikan di sini.
Namun pasti ada di antara kita yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah keadaan di kawasan perkuburan ini dan ingin melawat hanya untuk melihat suasana di dalamnya.
Wanita kongsi pengalaman ziarah kubur mentua di Nirvana Memorial Park
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ain Nadhirah yang berkongsi pengalamannya ke Nirvana Memorial Park, Kuala Lumpur untuk menziarahi kubur ibu mentuanya.
Menerusi video tersebut, kelihatan dia berkunjung ke kubur tersebut bersama suami, bapa mentua dan sepupu suaminya.
Jelas Ain, mereka ke kawasan perkuburan itu kerana mempunyai upacara Hari Pembersihan Kubur.
Dia turut memaklumkan ada membawa beberapa barangan yang diperlukan oleh bapa mentua untuk melakukan upacara berkenaan seperti bunga dan sebagainya.
Sewaktu memasuki kawasan perkuburan terbabit, Ain memaklumkan jalan untuk masuk ke kawasan perkuburan sedikit sesak kerana ia merupakan hari ketiga bagi upacara pembersihan kubur.
“Dekat sini kita ada beberapa gate, pintu 1, 2, dan kalau tak silap saya ibu mentua saya di gate tiga. Kubur ibu mentua saya ini yang paling hujung sekali, di mana yang paling baharu sekali.
“Sekarang ni (dalam video) yang korang tengok ni kubur lama. Tapi sebelum ke kubur kita akan singgah ke kuil (tample) terlebih dahulu untuk bapa mentua dan anak buah lelaki suami saya sembahyang,” ujarnya.
Turut tunjuk taman dalam kawasan perkuburan mewah berkenaan
Ain turut memaklumkan dia menunggu di satu kawasan bersama abangnya serta menunjukkan keadaan di dalam kuil tersebut.
Dalam masa sama, Ain turut menunjukkan kawasan taman yang dihias cantik dengan air terjun serta kolam.
Sebaik bapa mentua dan sepupu suaminya selesai melakukan sembahyang tersebut, mereka kemudian meneruskan perjalanan untuk menziarah kubur ibu mentua.
Upacara sembahyang di kuil hanya dilakukan bapa mentua dan sepupu suami
Enggan orang ramai salah faham, Ain turut menegaskan upacara sembahyang di kuil itu tidak dilakukan oleh suaminya kerana dia seorang mualaf.
Sewaktu dalam perjalanan ke kubur ibu mentua, Ain turut menunjukkan terdapat beberapa individu yang sudah meletakkan batu nisan meskipun mereka masih lagi hidup.
“Bapa mentua saya, bawa satu rumah besar, satu kereta dan satu kotak berisi barangan berharga di mana mereka akan bakar ketika di akhir segmen.
“Ini pertama kali saya berjumpa ibu mentua, selepas dua tahun bercinta dengan suami.”
@bcadngl First time jumpa MIL waktu hari pembersihan kubur di Nirvana Memorial Park! Disclaimer : HUSBAND SAYA TAK SEMBAHYANG. HANYA AYAH DAN SEPUPU SAHAJA (SEBAB TU BAWA SEPUPU LELAKI. Kalau dia boleh sembahyang, ayah dgn dia jelah datang????) CONTENT INI HANYA TUJUAN SHARE PENGALAMAN SHJ TAK ADA ISTILAH BUAT RITUAL KE MEMUJA BAGAI. Tutup salam. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp maap kalau salah shakap
♬ A Summer Place – Hollywood Strings Orchestra
Kubur ibu mentua berharga RM20,000
Menurut suami Ain, kubur ibu mentuanya itu berharga RM20,000 termasuk keranda dan juga servis. Katanya harga berkenaan diklasifikasikan sebagai murah berbanding kubur yang lain.
Sebaik selesai, Ain dan abangnya meminta untuk bersiar-siar di sekitar kawasan perkuburan terbabit.
Namun apa yang mencuri tumpuannya apabila terlihat banyak patung berbentuk kura-kura turut ada di kawasan perkuburan berkenaan.
Di ruangan komen, ada yang memaklumkan patung kura-kura yang terdapat di kawasan itu adalah kubur untuk haiwan peliharaan.
Ada juga mengatakan kura-kura tersebut sebagai tanda abu yang sudah dibakar kemudiannya di tanam di bahagian berkenaan.
Selain itu, terdapat juga orang ramai yang bertanya adakah benar terdapat kubur yang mempunyai pendingin hawa serta bermacam-macam lagi soalan.
“Kura-kura di akhir video adalah kubur memorial untuk haiwan peliharaan. Nirvana menyediakan kubur untuk haiwan peliharaan juga”

“Ada orang percaya letak patung kura-kura dekat kubur sebagai simbol pelindung roh, atau untuk harmoni dan ketenangan”

“Teringin sangat nak masuk Nirvana ni tapi boleh ke masuk ya?”

“Kawan saya bagitahu kubur ayah dia RM70,000 atas bukit. Bagi mereka, lagi tinggi kubur tu lagi baik lah. Sebab tu mahal”




