fbpx
Now Reading
Boleh Ke Tukar Potret Manusia Jadi Kartun? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Ke Tukar Potret Manusia Jadi Kartun? Ini Penjelasan UAI [Video]

Jelas Ustaz Azhar Idrus, perbuatan menyunting gambar menjadi kartun seperti Ghibli dilarang jika ia dilihat boleh menghina atau menjatuhkan maruah seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja trend terbaharu yang menjadi ikutan di media sosial.

Selain daripada tarian velocity, antara yang mendapat tempat dan menjadi ikutan adalah menukar gambar manusia menjadi bentuk kartun.

Lihat sahajalah di media sosial, ramai individu yang berkongsi hasil buah tangan dari ChatGPT.

Kadang kala, imej yang dihasilkan dilihat begitu cantik jika dibandingkan dengan realiti. Malah, ada yang ditokok tambah dengan elemen lain seperti tambahan individu selain dari dalam gambar.

Pasti ada yang tertanya-tanya khususnya umat Islam adakah dibolehkan untuk menukar wajah manusia dalam bentuk kartun.

Hukum Ubah Gambar Manusia Jadi Kartun Bergantung Kepada Niat Individu – UAI

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum menukar gambar manusia menjadi animasi adalah bergantung kepada tujuan dan kesannya terhadap individu.

“Pandangan saya, andainya benda itu tidak mengurangkan darjah kebesaranNya, tidak menjatuhkan maruah orang, bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya harus,” kata beliau.

Hukumnya Dilarang Jika Menjatuhkan Maruah Individu

Namun, perbuatan itu dilarang jika ia dilihat boleh menghina atau menjatuhkan maruah seseorang.

“Kalau sampai jadi menghina orang, sampai menurunkan martabat orang yang patut kita muliakan, hukumnya dilarang syarak.

“Bukan sahaja watak ulama, bahkan gambar-gambar anak beranak kita pun, kalau kita buat jadi benda hina, haram. Kalau buat jadi mulia, kita tak kata haram,” jelasnya lagi.

Malah, UAI turut memberikan contoh sekiranya gambar itu disunting menjadi lebih baik,

“Contoh orang superimpose, dia buat anak dia, keluarga dia dan kawan dia yang gambarnya diambil di pejabat tetapi latar belakang di edit (sunting) duduk di kawasan salji, (perbuatan itu) tidak ada menghina, tidak ada mengaibkan orang, hukumnya harus.

“Tapi kalau sampai menghina, disebarkan di khalayak ramai, jadi aib orang, sama seperti mengumpat. Ianya menyebut keburukan orang yang orang tak suka dengar,” jelasnya lagi.

Hukum Juga Terpakai Bila Memberi Gelaran Kepada Seseorang

Tidak hanya itu, UAI menerusi video tersebut turut memberi penjelasan tentang hukum menggelarkan individu dengan gelaran penghinaan yang menggunakan nama haiwan.

Terangnya, penggunaan gelaran binatang kepada seseorang dibolehkan jika ia membawa maksud kemuliaan seperti raja singa yang membawa maksud sangat berani atau ‘wahai burung helang’ yang menggambarkan sifat tangkas.

“Tidak boleh sama sekali gelarkan orang dengan binatang yang hina seperti anjing.

“Gelaran-gelaran ini ada halal, ada haram. Sehingga nabi gelar (Abu Hurairah) bapa kucing. Sampai nama betul pun orang tak tahu, jadi nama gelaran.

“(Abu Hurairah) sangat kasih kepada anak kucing sampai dikatakan sebagai bapa yang penyayang tapi anaknya itu kucing,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan kapsyen, pemilik akaun tersebut berkata niatnya berkongsi penjelasan UAI itu kerana terdapat pendakwah dari luar negara yang mengatakan perbuatan mengubah gambar manusia menjadi kartun adalah haram.

@ceramah.ustaz33

Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun.Ada ustaz dari luar negara mengatakan haram.. dengar pencerahan dari semoga bermanfaat 🙌 #ustazazharidrus #uaioriginal #pandanganulama #halalharam #editgambar #teknologi #ai #semogabermanfaat #ceramah #trendzamansekarang #trendingviral #mediasosial #foryoupage #fypage #fyppp

♬ Islam – Lafina

Baca Artikel Berkaitan: ChatGPT Jawab Nabi Muhammad SAW Individu Nombor 1 Paling Berpengaruh Di Dunia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Minta ChatGPT Tukar Gambar Gaya Ghibli, Siap Dapat Tips Kurus Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.