fbpx
Now Reading
“Rumah Kembali Sunyi & Tak Meriah Lagi” – Ramai Akui Rasa Sayu ‘Life After Lebaran’ [Video]

“Rumah Kembali Sunyi & Tak Meriah Lagi” – Ramai Akui Rasa Sayu ‘Life After Lebaran’ [Video]

Ramai yang menyatakan bahawa kehidupan selepas Aidilfitri atau ‘life after lebaran’ amatlah menyedihkan, bahkan lebih menyakitkan daripada kehidupan selepas putus cinta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru Isnin lalu (31 April) kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kenangan bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara masih lagi bermain di fikiran bukan?

Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas dan hari ini kebanyakan daripada kita telah pun kembali bekerja.

Hari raya pastinya membawa seribu satu kegembiraan, namun saat harus berpisah untuk pulang semula ke ibu kota pastinya membawa satu perasaan yang hiba.

Ramai kongsi rasa sayu selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri

Perkara itu dikongsikan orang ramai menerusi hantaran dan komen di media sosial mengenai perasaan sayu melihat suasana rumah ibu bapa atau atok nenek di kampung yang mulai sunyi sepi setelah sanak saudara pulang

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @faz_ilamj, kelihatan suasana rumah yang dahulunya meriah ketika 1 Syawal kini menjadi sepi, perabot-perabot juga sudah kembali disusun kemas.

“Boleh tak bangun esok pagi, 1 syawal lagi sekali,” tulisnya di dalam video yang jelas mengharapkan bahawa kemeriahan hari raya dapat dirasai semula.

Life after lebaran lebih sakit daripada putus cinta?

Menjengah ke ruangan komen, rasa sayu apabila lebaran berlalu pergi itu turut diakui oleh warga-warga Indonesia yang menyambutnya.

Ramai yang menyatakan bahawa kehidupan selepas Aidilfitri atau ‘life after lebaran’ amatlah menyedihkan, bahkan lebih menyakitkan daripada kehidupan selepas putus cinta.

Tidak kurang juga yang masih mengharapkan bahawa dapat menyambut 1 Syawal sekali lagi untuk tahun ini.

Ramai kongsi video keadaan rumah di kampung kembali sepi

Beberapa pengguna TikTok yang lain turut berkongsi video-video suasana rumah di kampung halaman yang kelihatan kosong di mana perabot-perabot sudah tersusun kemas.

@143×10

setelah 5 hari dipenuhi dengan gelak tawa & kembali sunyi… #raya2025

♬ Hyehwadong(or Sangmundong) – Park Boram

Ramadan dan Aidilfitri pastinya tiba pada setiap tahun, namun kita yang belum pasti sama ada masih diberi kesempatan untuk ada di dunia ini atau tidak.

Apa-apa pun, semoga kita semua dapat berkumpul bersama-sama ahli keluarga dan sanak saudara lagi pada Hari Raya Aidiladha akan datang dan juga Ramadan serta Aidilfitri tahun hadapan.

Dan tidak semestinya hari raya sahaja kita akan pulang ke kampung halaman atau menziarahi sanak saudara, gunalah masa dan peluang yang ada di bulan-bulan lain untuk berbuat perkara sama.

Berikut komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.