Sunway Theme Park Rai Lebaran Dengan Tema ‘Raya Sejuta Warna’
Apa yang lebih menarik pada Hari Raya kali ini, Taman Tema Sunway Lagoon pertama kali membuka Surf Beach pada malam 4 & 5 April ini dengan pelbagai aktiviti best.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari Raya yang tiba membuatkan orang ramai dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Malah aktiviti ziarah-menziarahi juga membuatkan silaturahim menjadi lebih akrab antara satu sama lain.
Namun selepas beberapa hari beraya mungkin ada di antara anda yang merancang untuk melakukan aktiviti yang berbeza bersama keluarga sempena lebaran ini.
Taman Tema Sunway tampil dengan tema ‘Raya Sejuta Warna’ sempena lebaran ini
Terbaharu Taman Tema Sunway tampil dengan tema lebaran iaitu ‘Raya Sejuta Warna’ yang membawa kemeriahan serta kaya dengan budaya di Sunway Lagoon dan juga Sunway Lost World of Tambun bermula 31 Mac sehingga 20 April ini.
Festival perayaan ini menjanjikan pesona tradisional, keseronokan dengan menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung.
Bukan hanya itu, terdapat pelbagai aktiviti interaktif serta hidangan kulinari.
Pengunjung juga akan dihidangkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan aktiviti yang menarik.
Buat anda yang ingin mencuba hidangan kulinari yang pasti membuatkan semua ‘menjilat jari’ dengan kesedapannya anda boleh dapatkan pada harga:
- RM95 untuk 2 orang
- RM150 untuk 4 orang
- RM210 untuk 6 orang
Kebanyakan menu yang disediakan pula adalah makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang ayam, Nasi Hujan Panas dan banyak lagi.
Sambutan Raya yang meriah ini turut dibawakan kepada pengunjung oleh AmBank.

Sunway Lagoon Surf Beach pertama kali dibuka pada waktu malam
Apabila ke taman tema ini pasti ramai yang sukakan aktiviti airnya bukan? Istimewa Hari Raya ini, Sunway Lagoon membuka Surf Beach pada waktu malam untuk pertama kali dengan pelbagai aktiviti.
Apa yang lebih menarik, selain bermandi-manda pengunjung juga boleh melihat kerlipan bintang bersama hiasan lampu sempena raya yang mempesonakan.
Malah ia membuatkan sambutan Raya pengunjung bersama Sunway Lagoon lebih ekslusif kerana boleh menyanyi bersama-sama di tepi pantai sambil mencipta kenangan dengan deruan ombak yang pastinya memberikan pengalaman unik.
Aktiviti istimewa Raya Sejuta Warna di Taman Tema Sunway
‘Raya Sejuta Warna’ yang diraikan di Taman Tema Sunway bermula 4 dan 5 April ini akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Para pengunjung akan dihiburkan dengan aktiviti bertema Hari Raya seperti:
- Kompang parade
- Tarian tradisional
- Buskers
- Pertunjukan kebudayaan
- Bertemu dengan maskot Taman Tema Sunway yang berpakaian Raya iaitu Kapten Quack dan keluarga di Sunway Lagoon.
- Permainan gelongsor-ketupat
- Belajar cara membuat ketupat poket
Manakala di Sunway Lost World of Tambun pengunjung dapat berjumpa dengan kapten Quack, Lady Quack, ketupat berwarna-warni yang comel, perlumbaan kain pelikat serta cabaran skop sampul di Petting Zoo.


Selain itu, pengunjung juga dapat mengabadikan kenangan mereka dengan hiasan tradisional yang membawa latar belakang rumah kampung bersama pelita yang bercahaya.
Bukan hanya itu, antara aktiviti dinantikan adalah pengunjung dapat melihat ketupat terbang di bercahaya di waktu malam.
Sambutan ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan bunga api muzikal yang menakjubkan membuatkan lebaran anda lebih meriah dan ektravaganza.
Jadi tunggu apa lagi jom raikan Hari Raya anda bersama Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun untuk Raya Sejuta Warna serta mencipta kenangan bersama yang tersayang.
Untuk yang berminat tiket boleh dibeli secara terus menerusi laman sesawang Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun atau menerusi aplikasi Super Sunway.



