fbpx
Now Reading
Beza Agama Bukan Penghalang, Keluarga Kristian Semangat Sambut Raya Siap Buat Ketupat [Video]

Beza Agama Bukan Penghalang, Keluarga Kristian Semangat Sambut Raya Siap Buat Ketupat [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan ibu kepada wanita berkenaan turut menyediakan makanan di Hari Raya seperti ketupat, pulut kuning dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Malaysia merupakan negara yang masyarakatnya hidup berbilang bangsa, agama termasuklah budaya.

Apabila tiba sahaja musim perayaan, ia tidak hanya disambut oleh segelintir masyarakat sebaliknya ramai yang akan turut serta bagi memeriahkan suasana.

Malah ada yang dilihat begitu semangat membuat persiapan menghias rumah, membuat makanan tradisi dan banyak lagi untuk meraikan perayaan tersebut.

Walaupun berlainan agama, keluarga ni semangat sambut Hari Raya

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah keluarga beragama Kristian ini, apabila mereka dilihat begitu bersemangat meraikan lebaran pada 1 Syawal yang lalu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @pipipipiww di TikTok, dia memaklumkan pada mulanya si ibu telah mengejut mereka dan meminta untuk mengemas rumah untuk meraikan Hari Raya.

Bukan sekadar mengemas rumah, mereka sekeluarga turut diminta untuk menyusun kuih raya sementara si ibu menyediakan makanan sempena Hari Raya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan wanita berkenaan pelik kerana keluarganya beragama Kristian.

Namun semua hanya menuruti permintaan ibu dengan mengemop rumah dan sebagainya untuk membuat persediaan menyambut lebaran.

Siap sediakan makanan Hari Raya seperti kuih, ketupat dan soto

Turut kelihatan si ibu juga ada menyediakan ketupat, kuih muih serta pulut kuning yang dipercayai dimakan bersama rendang.

Bukan hanya itu, si ibu turut membuat satu lagi menu untuk meraikan Hari Raya berkenaan iaitu Soto Banjar.

Menurut wanita itu meskipun tiada tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka untuk beraya namun si ibu tetap bersemangat menyambut Hari Raya.

@pipipipiww

And also bukannya ada tamu nak datang rumah? 😔

♬ suara asli – 📍 – 📍

Mak siap beli baju raya

Dalam satu lagi video, wanita berkenaan turut menunjukkan foto keluarga mereka menyambut Hari Raya. Malah dia memaklumkan si ibu turut membeli baju raya bagi meraikan lebaran ini.

“Okay lunas (selesai) bagi gambar baju raya mak saya. Memang dia saja yang ada baju raya mungkin tahun depan kita satu keluarga join sekali beli baju raya dan buat open house.

“Mak saya tak makan dan tak masak khinzir. Ayam dan daging pun dia beli dekat pasar Chow Kita jadi boleh guarantee halal ya masakan dia,” kata wanita itu di ruang kapsyen.

@pipipipiww

Replying to @pipipipi ok lunas bagi gambo baju raya mak saya. Memang dia je yang ada baju raya maybe next year kita satu family join sekali beli baju raya and buat open house 🙂‍↕️ Mak saya tak makan and tak masak babi. Ayam & daging pun dia beli kat pasar chowkit so boleh guarantee halal ye masakan dia ☺️🫶🏻 Sorryyyyy masih tak dapat lagi reply comments sbb mcm kena limit tiktok nanti saya reply all the raya wishes lagi ❤️

♬ original sound – Rudy Aqsara – Rudy Aqsara

Ramai teruja lihat keluarga ini semangat sambut raya

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat semangat keluarga tersebut menyambut Hari Raya meskipun berlainan agama.

Malah ramai juga individu dari agama lain memaklumkan mereka juga menyambut Hari Raya sehingga ada yang mengambil cuti kerana ingin meraikan hari istimewa yang disambut oleh umat Islam itu.

Bukan hanya itu, ada yang turut membuat lemang dan rendang untuk meraikan perayaan berkenaan.

Wanita itu turut memaklumkan ketika bulan puasa mereka juga tidak melepaskan peluang untuk ke bazar Ramadan serta mencari bubur lambuk.

“Masa saya Kristian, bapa saya buat macam ni. Orang lain yang raya, dia yang sibuk buat lemang dan rendang dari malam. Sekarang saya dah mualaf, nak bagi dia lemang, rendang, dia pula dah pencen dan duduk di Sarawak”
“Saya Katolik tapi sejak sebulan lepas dah sibuk order rendang dan pelbagai biskut raya. Bukan untuk diri sendiri tapi nak bahagikan kepada jiran dan teman-teman muslim yang sambut raya. Kadang kala bagi hamper”
“Saya Kristian, tapi paling teruja beli baju raya, buat rambut raya, buat inai. Weh saja nak meriahkan suasana”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.