“Bakal PU”- Gaya Pelajar Sekolah Tampil Confident Beri Perkongsian Agama Buat Ramai Kagum [Video]
Menerusi video tersebut kedengaran pelajar berkenaan memberi pengucapan awam dengan konteks yang padat serta cara penyampaian yang baik kepada murid lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang lahir di dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam pelbagai bidang mahupun kemahiran.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa serta para guru mencungkil bakat anak serta pelajar dan mengasahnya untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
Sebagai contoh ramai pelajar mempunyai bakat dalam nyanyian, tarian, ucapan terbuka, berpidato dan banyak lagi.
Sekiranya bakat ini terus diasah dari kecil hingga dewasa ia akan memudahkan mereka untuk memupuk rasa yakin pada diri serta sikap untuk sentiasa melakukannya dengan terbaik.
Pelajar dilihat penuh yakin beri perkongsian agama ketika di perhimpunan
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pelajar yang dilihat penuh yakin sewaktu membuat perkongsian agama di hadapan khalayak ramai ketika perhimpunan sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Noorisa di TikTok, awalnya kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berdiri di atas pentas sambil memegang mikrofon untuk membuat perkongsian atau ceramah agama mengenai Ramadan.
Bawa topik mengenai kesombongan dalam diri dan tekankan mengenai nasib Palestin
Dalam video tersebut pelajar berkenaan menekankan bagaimana Ramadan menundukkan kesombongan terhadap keselesaan yang dimiliki.
Dalam video tersebut, pelajar berkenaan turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan tidak ada seorang individu yang akan masuk ke syurga sekiranya mempunyai sifat sombong di dalam diri mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian, cara pelajar yang dikenali sebagai Syazlan itu begitu yakin apabila mengeluarkan setiap isi kepada perkongsiannya yang persis seperti ulama, agamawan, Pencetus Ummah (PU), dan Daie.
Bukan hanya itu, Syazlan turut menekankan mengenai perjuangan Palestin yang perlu diberikan perhatian oleh rakan-rakan sebayanya.
Perkongsian yang padat itu, turut membuatkan para pelajar lain yang berada di perhimpunan tersebut memberikan perhatian kepada setiap perkongsiannya.
@_noorisa Tak tau konfiden dia beli kat mana. Memang terserlah aura hebat dia, masyaAllah. Bertuah dapat bertemu insan sehebat dirimu. Tahniah anakanda MUHAMAD SYAZLAN PUTRA BIN SAZLI dari kelas 5 Alliance. Ustazah dan guru-guru tumpang bangga. Semoga terukir namamu di langit tinggi aamiin #bicararamadan #pengucapanawam #SNIPER #serinite
♬ original sound – noorisa – noorisa
Ramai kagum dan puji cara pelajar beri ucapan penuh keyakinan
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum melihat Syazlan ketika membuat perkongsian agama.
Malah konteks yang dikongsikan begitu padat serta memberikan fokus terhadap pelbagai perkara serta mudah untuk difahami oleh pelajar lain.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan gayanya tidak kalah seperti ahli politik sewaktu bercakap.
Bukan hanya itu ada yang memuji cara penyampaiannya juga begitu kemas.
“Tahniah Muhammad Syazlan. Aset keluarga dan aset negara. Pidato yang kemas, peribadi kemas, pembentangan kemas.”

“Semoga adik ni jadi orang berguna untuk negara”

“Isi yang mantap, knowledgeable, ada sumber rujukan, susunan ayat yang baik, kosa kata padu, intonasi cantik, presentable, penggunaan ruang, pandangan mata, dua cara komunikasi semua pakej lengkap untuk satu pengucapan awam yang padu”

“Pemimpin muda in the making, tahniah”




