[Review] K Garden Tawar Bufet Makanan Korea Authentic Untuk Pengunjung, Siap Ada Daging Gril!
K Garden menawarkan pelbagai jenis hidangan Korea yang pastinya menjadi kegemaran ramai, pelanggan juga boleh nikmati daging gril yang dipanggang sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik sudah seminggu umat Islam di Malaysia menjalani ibadan berpuasa. Tak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan pasti kita semua akan menambah baik amalan dari tahun yang lalu.
Namun dalam melakukan ibadah, bulan puasa juga merupakan antara momen dinanti orang ramai untuk merasai pelabagai makanan.
Yelah sudah seharian berpuasa, apabila tiba waktu berbuka pasti ada pelbagai makanan yang diidamkan seperti hidangan barat, Jawa, Jepun, China, Korea dan banyak lagi.
Namun tidak semua restoran dapat memberikan rasa yang benar-benar seperti makanan asli di sebuah negara serta mengikut citarasa masyarakat di sini.
Baru-baru ini, team BuzzKini berpeluang untuk berbuka puasa di sebuah restoran Korea di K Garden yang terletak di pusat membeli-belah IOI Mall Putrajaya aras 1 lot E205-207 (new wing)
Bagi mereka yang sukakan makanan Korea dan mahukan rasa yang asli, korang boleh berkunjung ke K Garden ini kerana ia merupakan restoran milik pasangan Durian Kimchi atau turut dikenali sebagai Maryam dan Ryzal.
Restoran ini menyajikan pelbagai makanan Korea daripada hidangan utama seperti BBQ sehinggalah ke pencuci mulut dan merupakan restoran mesra pelanggan muslim.
Tawar harga RM79.90 dengan pelbagai jenis menu makanan Korea
Sempena bulan Ramadan ini, K Garden telah menawarkan bufet berbuka puasa dengan harga RM79.90 seorang manakala bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan mendapat 50% sekitar RM39.95.

Untuk bufet ini sebanyak 14 menu makanan yang sudah dimasak boleh dipilih oleh pelanggan termasuk pilihan BBQ seperti sotong, keju, kepingan daging lembu, kepingan ayam pedas dan juga ayam kicap.
Manakala bagi air sebanyak dua pilihan boleh dipilih iaitu teh hijau serta sirap ros.
Berikut adalah hidangan makanan yang boleh dipilih oleh pelanggan dan tiada limitasi:

Selain ini, sekiranya korang sukakan udang, kambing, sotong jenis octopus pelanggan juga boleh menambah RM20 untuk mendapatkan empat lagi hidangan ekstra.

Bukan hanya itu, apa yang lebih menarik K Garden turut menawarkan Korean Hanwoo Beef yang kurang lemak pada harga RM105/100gram. Yang pasti daging ini kurang lemak dan korang dapat menikmati kelembutannya.

Tiada limit untuk tambah pesanan
Menerusi pengalaman kami ketika berbuka puasa di restoran ini, pelanggan perlu membuat pesanan menerusi menu buffet yang telah diberikan oleh pekerja.
Sebaik makanan telah dipesan para pekerja akan menghantarnya dari dapur terus kepada pelanggan dengan kuantiti sederhana. Namun jika inginkannya lagi korang boleh saja buat pesanan kepada pekerja tanpa perlu membuat tambahan duit memandang ia adalah ‘unlimited’.
Apa yang menarik perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada pembaziran serta makanan tidak terdedah.
Makanan dihidang masih panas dan suam
Bukan hanya itu, makanan yang dihidangkan juga berada dalam suhu suam dan panas seperti sup dan sebagainya.
Untuk hidangan gril, pelanggan boleh mengrilnya sendiri mengikut jenis daging yang dipesan. Paling best korang juga boleh nikmati daging di gril ini dengan banchan yang disediakan.
Bag set banchan ia diberikan untuk setiap meja dan korang juga boleh ‘refill’ semula.

Suasana makan di restoran ini juga tenang, kerana ia dilengkapi dengan hos yang akan menyerap asap sewaktu makanan di gril. Tak adalah baju korang berbau bila keluar kedai dan boleh sambung membeli-belah baju raya jika ada masa terluang.
Antara menu yang kami pesan:
- Chaldolbaegi dan sotong – Rasa daging yang dipotong dengan halus membuatkan isinya begitu lembut serta mudah untuk dimakan. Korang juga boleh buat wrap menggunakan salad dan cicah dengan sos cili bawang putih. Rasa manis jus daging dan sedikit pedas dari sos memberikan rasa yang enak apabila dimakan bersama sayur.

- Sup Kimchi– Rasa sup kimhi ini manis pedas, dan ia turut dihidang secara panas kepada pelanggan. Selain itu terdapat juga ketulan ayam dan kimchi untuk melengkapkan rasa sup ini.
- Daging Bulgogi– Bagi peminat makanan Korea korang pasti selalu melihat hidangan ini sering dipesan oleh kebanyakan pelanggan. Ini kerana, ia mempunyai rasa yang manis dan dimasak bersama kicap serta sayur seperti lobak merah, cendawan dan sebagainya. Makanan ni sesuai untuk dimakan oleh anak kecil kerana rasa yang tak pedas.

- Nasi goreng kimchi – nasi goreng ini dimasak bersama kimchi dan dihidang dengan telur goreng serta rumpai laut dan timun. Cara nak makan nasi goreng ni korang boleh gaulkan semua atau makan secara berasingan mengikut selera masing-masing.
- Ayam goreng bawang putih dan madu– Masuk sahaja dalam mulut korang dan boleh rasa kerangupan ayam ni. Korea sememangnya terkenal dengan ayam goreng jadi rugi jika korang tak cuba ayam goreng ni. Rasanya pula manis dan juicy!

Selain bufet korang juga boleh membuat pesanan ala carte namun harga akan dicas mengikut harga asal seperti di dalam menu.



Untuk anda yang berminat mencuba tawaran bufet makanan Korea di K Garden ini, korang boleh lawati Instagram rasmi dan hubungi nombor tertera untuk membuat tempahan sekarang.
Bufet ini bermula pada 1 Mac sehingga 1 April 2025, untuk tempahan RM100 diperlukan sebagai deposit untuk membuat tempahan tempat. Tempahan minimum kepada 2 individu.
Masa untuk menikmati juadah diberikan selama 120 minit dan restoran dibuka pada setiap hari. Waktu terakhir untuk membuat pesanan adalah jam 9.30 malam.



