“Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]
Menerusi video kelihatan air yang dibuat mempunyai buih yang banyak hampir separuh daripada jug berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, 30 hari resepi yang sering dikongsikan oleh usahawan dan influencer, Khairul Aming sentiasa dinantikan orang ramai.
Pada bulan puasa kali ini, influencer ini memaklumkan akan berkongsi sebanyak 60 resepi untuk pengikutnya.
Hasil perkongsian menu-menu berbuka dan sahur yang dikongsikan, ramai yang tidak ketinggalan untuk mencubanya serta memaparkan pelbagai ragam. Ada yang menjadi dan ada juga yang gagal sehingga membuatkan orang ramai terhibur.
Lebih parah lagi tahun ini ada yang mengatakan pengikut Khairul Aming seperti membuat eksperimen sains.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “30 Hari 30 Kes Bomba”- Gelagat Individu Gagal Tiru Resipi Khairul Aming Buat Ramai Pecah Perut [Video]
Wanita terkedu cubaan buat resepi air vanila sarsi dikongsikan Khairul Aming berbuih
Baru-baru ini, seorang wanita tidak ketinggalan untuk mencuba resepi air untuk juadah berbukanya bersama keluarga seperti yang dikongsikan oleh Khairul Aming.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikpawpaw di TikTok, awalnya dia menunjukkan video influencer berkenaan menunjukkan cara membuat air vanila sarsi dan menjangkakan air yang bakal dibuat akan sama seperti itu.
Berbuih hampir separuh dari jug
Namun jangkaannya itu meleset apabila air tersebut yang menggunakan sarsi berkarbonat itu menjadi terlalu berbuih hampir separuh daripada jug besar terbabit.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkannya sedikit bimbang jika ia tidak menjadi dan kejadiannya juga berbeza seperti yang ditunjukkan oleh Khairul Aming dalam video sebelum ini.
“Eksperimen apa aku buat ni, sorry Khairul Aming,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@cikpawpaw Experiment apa aku buat ni 🗿sorry @Khairulaming 😭😭#resipikhairulaming
♬ original sound – cikpawpaw – cikpawpaw
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Cikpawpaw menunjukkan meskipun ia berbuih ketika dibuat namun rasanya sedap.
Namun di sisa akhir air berkenaan kelihatan air berkenaan tidak lagi larut dan terpisah antara air sarsi dan juga aiskrim.
@cikpawpaw Replying to @aila ⋆. 𐙚 ˚ sedap weh tak tipu 🥹👍
♬ tob tobi tob – wsszx.7
Ramai terhibur lihat gelagat follower Khairul Aming tiru resepinya dengan pelbagai ragam
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat cubaan wanita berkenaan cuba untuk membuat air seperti dikongsikan influencer berkenaan.
Malah video itu turut di ‘repost’ dan dikomen oleh Khairul Aming sendiri yang bertanya adakah dia ada mencampurkan sabun ke dalam air itu kerana buihnya begitu tebal.
Tidak kurang juga yang terhibur melihat pelbagai ragam netizen yang cuba membuat resepi Khairul Aming seperti minyak terbakar dan sebagainya.
Ada juga yang memberikan tips untuk memasukkan air sarsi berkenaan terlebih dahulu sebelum aiskrim agar ia tidak jadi terlalu berbuih.
“Sos lava tu pun aku tak habis gelak lagi, datang pula air sabun basuh baju ni”

“Sourdough starter ke ni?”

“Kau tengah buat eksperimen sains ke kak?”

“Bulan puasa ni banyak followers KA jadi ahli kimia”




