‘Tarawih Kilat’ Di Indonesia, Rupanya Itu Tradisi Sekolah Pondok Sejak Lebih Seabad Lalu [Video]
Difahamkan, solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat dan witir tiga rakaat itu hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di bulan yang mulia ini, pasti kebanyakan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid.
Bukan hanya dapat solat berjemaah, malah ada juga jamuan moreh selepas solat yang dapat dinikmati sambil mengeratkan lagi hubungan sesama umat Islam.
Bagaimanapun, sepanjang bulan mulia ini, pasti ada sahaja ragam jemaah masjid ketika solat sunat tarawih yang tular di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.
Baca Artikel Berkaitan: “Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai
Tular jemaah di Indonesia solat sunat tarawih sepantas kilat
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan para jemaah sebuah masjid di Jawa Timur, Indonesia melakukan solat sunat tarawih dengan sepantas kilat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ernafatmawati4, kelihatan jemaah-jemaah berkenaan rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dengan begitu pantas mengikuti imam.
Menurut Kosmo yang memetik Jatim Times, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Pondok Mambaul Hikam di Kota Blitar.
@ernafatmawati4 Shalat tarawih tercepat di kota BLITAR #fbpro #reels #fypシ゚viral
♬ suara asli – Deanofa store – Deanofa store
Tarawih 20 rakaat 10 minit rupanya tradisi sekolah pondok sejak lebih seabad lalu
Difahamkan, solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat dan witir tiga rakaat itu hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit.
Penyelia Pondok Pasentren Mambaul Hikam, KH Dliya’uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih kilat itu sudah menjadi tradisi sekolah pondok tersebut sejak lebih seabad lalu.
“Dahulu, ramai orang bekerja dari pagi sampai petang. Ketika malam, mereka tidak larat untuk menunaikan solat tarawih dengan rakaat lama.
“Akhirnya, pengasas dahulu mencari penyelesaian dengan melakukan solat tarawih dengan cepat,” katanya.
Tarawih kilat tidak langgar peraturan solat
Menurutnya, solat sunat tarawih yang dilakukan dengan sangat cepat itu tidak melanggar peraturan solat.
“Kami membaca surah Al Fatihah dengan lengkap, membaca surah-surah dan ada tamakninah,” ujarnya.
Sekadar info, video yang memaparkan sekumpulan jemaah melakukan solat sunat tarawih ‘sepantas kilat’ di Indonesia bukanlah sesuatu yang baru lagi, setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti ia akan tular.
Malah ia bukan hanya berlaku di Kota Blitar, sebaliknya ada beberapa kawasan lain di republik itu yang turut melakukannya seperti di Masjid Nurul Iman, Desa Janti, Jogoroto, Jombang.
Lapor Jatim News, tradisi solat tarawih kilat di Masjid Nurul Iman itu hanya mengambil masa selama 7 hingga 10 minit sahaja untuk 23 rakaat tarawih dan witir.
Baca Artikel Berkaitan: Seronok Sangat BerTikTok Di Masjid, Wanita Jatuh Tersembam Hingga Dahi Benjol [Video]



