Now Reading
“Ada Cheat Code Macam GTA Tak?” – Video ‘Sneak Peek’ Game Upin & Ipin Buat Ramai Teruja [Video]

“Ada Cheat Code Macam GTA Tak?” – Video ‘Sneak Peek’ Game Upin & Ipin Buat Ramai Teruja [Video]

Video ‘sneak peek’ itu menunjukkan beberapa misi yang boleh dilakukan para pemain seperti membantu Opah menyiram tanaman di halaman rumah, menolong Tok Dalang memasak dan macam lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Syarikat animasi tempatan, Les’ Copaque Productions sebelum ini telah mengumumkan bakal hadir dengan permainan konsol tersendiri.

Pengarah Urusan, Haji Burhanuddin Md Radzi pada 10 Jun 2024 berkata, permainan video tersebut adalah berdasarkan siri animasi popular yang dihasilkan mereka iaitu Upin & Ipin.

Ujarnya, permainan konsol Upin & Ipin itu adalah berkonsepkan ‘open world’ seperti Grand Theft Auto (GTA), Cyberpunk dan banyak lagi.

Tular video ‘sneak peek’ permainan konsol Upin & Ipin

Terbaharu, tular di media sosial video ‘sneak peek’ permainan itu yang dikongsikan oleh YouTuber, ZhafVlog memperlihatkan bagaimana game tersebut dimainkan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X miliknya, permainan konsol Upin & Ipin Universe itu dikatakan bakal dilancarkan tahun ini di platform Sony PlayStation 5 (PS5) dan Nintendo Switch.

Bagaimanapun, tarikh tepat mengenai pelancaran Upin & Ipin Universe berkenaan belum diumumkan lagi.

Boleh berlari dan melompat pusing kampung kawal Upin dan Ipin

Video ‘sneak peek’ itu menunjukkan beberapa misi yang boleh dilakukan para pemain seperti membantu Opah menyiram tanaman di halaman rumah, menolong Tok Dalang memasak dan macam lagi.

Bahkan Upin & Ipin juga boleh mengembara di dalam Kampung Durian Runtuh dan dikawal secara bebas seperti melompat, berlari dan berenang.

Tidak hanya itu, watak-watak yang begitu sinomin dalam animasi Upin & Ipin seperti Jarjit, Kak Ros, Uncle Muthu dan ayam Tok Dalam dikenali sebagai Rambo juga ada di dalam permainan konsol berkenaan.

Game Upin & Ipin dibangunkan oleh syarikat permainan terkenal di AS

Terdahulu, Burhanuddin menjelaskan penghasilan Upin & Ipin Universe ditugaskan kepada sebuah syarikat pembangunan permainan terkenal, Streamline Inc yang berpangkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Jelas beliau, permainan Upin & Ipin yang bakal dilancarkan ini sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur.

“Ia adalah permainan mesra keluarga tanpa keganasan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Semua kakitangan Streamline yang terlibat dalam projek ini berpangkalan di Malaysia dan mereka bekerja rapat dengan pasukan kami,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “It’s Open World Game” – Pemainan Konsol Upin & Ipin Bakal Dilancarkan Di PS4 & Switch [Video]

Netizen teruja dan tak sabar ingin bermain

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa teruja setelah melihat video ‘sneak peek’ permainan konsol tersebut.

Kebanyakan mereka juga tidak sabar untuk bermainan Upin & Ipin Universe ini setelah ia dilancarkan nanti.

Tidak kurang juga beberapa individu yang berseloroh dengan menyoal sama ada permainan dengan konsep ‘open world’ ini mempunyai ‘cheat code’ yang boleh digunakan seperti GTA.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.