“Boleh Beli Sebiji Tembikai!” – Ramai Tergamam Kedai Di KL Caj Pelanggan RM7 Untuk Air Suam
Menurut pelanggan wanita dikenali sebagai Pinat, dia dikenakan harga RM7 untuk segelas air suam di sebuah restoran sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes makanan dan minuman yang diletakkan dengan harga mencekik darah dilihat semakin menjadi-jadi ketika ini. Segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang keterlaluan.
Antara golongan yang selalu menjadi mangsa adalah pelancong asing yang tidak berapa cakna dengan harga-harga makanan di Malaysia. Sebelum ini, tular apabila pelancong di Langkawi perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai.
Jelas Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah Mohamad Yusrizal Yusoff, harga yang dikenakan pemilik gerai adalah tidak masuk akal meskipun harga bahan dan barangan mentah sudah semakin meningkat.
Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Di Langkawi RM4?!
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa
Wanita Terkejut Kena Caj RM7 Untuk Air Suam Sahaja
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Thread apabila seorang wanita dikenali sebagai Pinat (@pinatzamree) berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke sebuah makan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menurut Pinat, dia telah melalui pengalaman ‘dirompak pada siang hari’. Dakwanya, dia dicaj harga yang begitu tinggi hanya untuk pesanan air suam iaitu sebanyak RM7! Memang agak mahal untuk air suam.
“Silap saya tak tanya dan periksa dulu harga sebelum order. Mereka (pekerja restoran) ada sebut, ‘ada caj (tambahan)’ bila saya pesan air suam. Saya fikir berapa banyak je la untuk segelas air suam? Nah ambil, RM7!” kata Pinat.

Perlu Lakukan Bayaran Tambahan Jika Mahu Extra Pedas
Pinat dalam satu ciapan lain berkata makanan yang dinikmati di sana adalah lazat. Namun harga yang tidak masuk akal itu memberikan pengalaman kurang senang buatnya.

Bukan sahaja harga air suam yang melampau, malah pihak restoran juga didakwa mengenakan caj tambahan jika mahu meletakkan cili padi ke dalam makanan untuk rasa ‘kick’ dan pedas.
Oleh disebabkan itu, dia membatalkan pesanan makanan terbabit.

Ramai Bersetuju RM7 Untuk Segelas Air Suam Adalah Melampau
Menjengah ke ruangan balas, ramai tidak sangka dengan air suam yang begitu mahal meskipun restoran tersebut berada di kawasan ibu kota.
Malah ada juga yang berseloroh mendengar kisah Pinat tentang air suam yang mahal itu.
“Untuk RM7, air suam tu patut dihidang sekali dengan cerek,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga warganet meminta Pinat untuk melaporkan isu tersebut kepada pihak berkuasa.











Sumber: Thread (@pinatzamree)
Lapor Kepada KPDN
Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?
Berikut kami senaraikan saluran KPDN yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:
- Portal e-Aduan KPDN.
- Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
- Talian Hotline: 1-800-886-800
- Pesanan WhatsApp: 019-2794317
- E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
- Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088 atau 03-8882 6245
Baca Artikel Berkaitan: Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut
Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94, Wanita Luah Rasa Terkejut
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Kedai Jual Nasi lemak Tapi Sambal, Telur Rebus & Ikan Bilis Perlu Dibeli Asing



