fbpx
Now Reading
“Tak Semua Orang Pandai” – Lelaki Layan Pelanggan Istimewa Guna Bahasa Isyarat Raih Pujian [Video]

“Tak Semua Orang Pandai” – Lelaki Layan Pelanggan Istimewa Guna Bahasa Isyarat Raih Pujian [Video]

Difahamkan, pelanggan berkenaan merupakan OKU pekak dan bisu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat individu yang berniaga atau bekerja dalam dunia perniagaan, pastinya pelbagai ragam dan sikap pelanggan yang ditemui.  

Malah, latar belakang dan keadaan mereka juga kadangkala berbeza. Ada yang sempurna sifatnya namun ada juga yang diuji dengan kekurangan fizikal dan mental.

Namun, itu bukanlah alasan untuk peniaga memberi layanan berbeza mengikut keadaan pelanggan itu sendiri.

Lelaki Hairan Pelanggan Diam Bila Ditanya

Baru-baru ini, tular di media sosial video layanan baik seorang lelaki terhadap pelanggannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi video yang dikongsikan sendiri oleh peniaga berkenaan di TikTok @faiz_superior, kelihatan seorang pelanggan lelaki sedang melihat barangan yang ada di kedai aksesori motosikal itu.

Pada mulanya Faiz mendakwa pelanggan itu hanya mendiamkan diri ketika ditanya oleh pekerjanya.

“Abang ni (pelanggan) datang tengok-tengok. Bila yang lain tanya, dia diam je,” kongsinya di video tersebut.

Lelaki Terus Dekati Pelanggan, Baru Tahu Rupanya OKU

Pelik dengan keadaan tersebut, Faiz kemudiannya terus mendekati pelanggan terbabit.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan itu rupanya OKU pendengaran dan bisu.

Namun, Faiz yang mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang bahasa isyarat dilihat terus melayani pelanggan terbabit.

“Banyak benda yang abang ni hendak tanya sebenarnya,” kongsi Faiz.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat kedua-duanya rancak berbual dan pelanggan berkenaan terus bertanyakan pelbagai soalan sebaik menyedari Faiz boleh memahami bahasanya.

Saling Kongsi Pendapat Tentang Motosikal Y15

Jelas Faiz lagi, rupanya pelanggan tersebut berminat dengan aksesori motosikal Yamaha Y15.

“Abang ni ada Y15, dia minta tengok yang ‘make up’. Kami kongsi pendapat barang yang sesuai untuk Y15.

“Alhamdulillah aku faham bahasa isyarat walaupun sedikit,” kongsinya lagi.

Datang Cari Aksesori Mahu Buat Kejutan Untuk Anak

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna yang mendakwa dia adalah anak kepada pelanggan lelaki itu menjelaskan bapanya berkunjung ke kedai aksesori tersebut kerana mahu membuat kejutan untuk dirinya.

Namun sebagai anak yang memahami, dia telah mengingatkan kepada ibu bapanya agar wang tersebut boleh digunakan untuk membeli keperluan mereka sendiri.

Foto: TikTok

Ramai Tersentuh Lihat Layanan, Ada Yang Berpendapat Sekolah Perlu Ada Subjek Bahasa Isyarat

Video yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh sebaik melihat layanan baik peniaga berkenaan terhadap pelanggan OKU itu.

Malah, ada yang memuji dan mendoakan yang terbaik buat peniaga disebabkan layanannya terhadap pelanggan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat pentingnya untuk mempelajari bahasa isyarat agar golongan sebegini mudah untuk difahami bahasanya.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Aku Suka La Orang Pandai Bahasa Isyarat Ni, Aku Rasa Bahasa Isyarat Patut Diajar Di Sekolah”

“Bahasa Isyarat Lebih Baik Dari Subjek Muzik Sekolah Rendah”

“Aku Tak Tahu La Kenapa Dekat Sekolah Tak Ada Ajar Kelas Bahasa Isyarat Dulu, Sangat Berguna Wei Bahasa Isyarat Ni”

“Terharu Sangat Tengok Keikhlasan Abang Ni Layan Abang Tu”

“Semoga Dipermudahkan Urusan Bro!”

“Tahniah Dik Menyantuni Insan Istimewa”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Wanita OKU Guna Bahasa Isyarat Untuk Nyanyi Bersama Rakan Ketika Di Karaoke [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gigih Terjemah Bahasa Isyarat Pada Ibu Bapa OKU Ketika Hadiri Ceramah Agama [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Guna Bahasa Isyarat Semasa Live di FB, Netizen Kagum Lihat Kegigihan Peniaga ‘Istimewa’ Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.