Zoo Di Jepun Larang Lelaki ‘Single’ Masuk, Bimbang Pengunjung Wanita Diganggu
Difahamkan, larangan itu dilakukan kerana terdapat kes beberapa pengunjung lelaki bujang telah menghampiri dan cuba menggoda pengunjung wanita.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Zoo merupakan antara tempat pilihan orang ramai yang ingin bercuti atau meluangkan waktu bersama keluarga atau rakan-rakan.
Ini kerana, melihat pelbagai jenis haiwan sama ada yang hidup di darat mahupun air dapat menenangkan fikiran daripada pelbagai masalah seperti di tempat kerja.
Antara sebab lain kebanyakan orang memilih zoo adalah kerana tempat tersebut tidak menetapkan had umur bagi pengunjung, tak kira sama ada lelaki atau wanita, tua mahupun muda semuanya dibenarkan masuk.
Zoo di Jepun larang lelaki ‘single’ masuk
Pun begitu, siapa sangka sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dikhuatiri akan menganggu pengunjung wanita.
Menurut Sinar Harian yang memetik South China Morning Post, Zoo Healing Pavilion yang terletak di Wilayah Tochigi di timur Jepun itu merupakan zoo interaktif yang membenarkan pengunjungnya memberi makan, memeluk haiwan seperti kucing, anjing dan biri-biri.
Sejak dibuka pada bulan Mac 2024, zoo tersebut menyasarkan untuk menyediakan persahabatan terapeutik dengan haiwan dan manusia.
Sekatan pengunjung lelaki single dilarang masuk zoo sejak 26 Januari lalu
Pengumuman sekatan larangan lelaki bujang daripada memasuki zoo itu mula dilakukan pada 26 Januari lalu selepas pengarah taman haiwan itu, Misa Mama memuat naik hantaran di laman media sosial sekali gus mengejutkan orang ramai.
“Larangan berkuatkuasa, pengunjung lelaki dilarang memasuki zoo seorang diri,” katanya.
Notis yang ditampal di pintu masuk zoo menyatakan lelaki solo harus ditemani keluarga atau rakan.
Mama menegaskan bahawa sejak zoo itu ditubuhkan, majoriti pengunjungnya adalah keluarga atau individu berpasangan.
Ada kes pengunjung lelaki bujang cuba goda pengunjung wanita
Difahamkan, larangan itu dilakukan kerana terdapat kes beberapa pengunjung lelaki bujang telah menghampiri dan cuba menggoda pengunjung wanita.
Malah, pengarah zoo berkenaan mendedahkan terdapat lelaki yang terbabit dalam tingkah laku kurang sopan atau bercakap lucah.
Justeru, Mama menegaskan Healing Pavilion ditubuhkan untuk ‘menyembuhkan emosi’ dan bukannya tempat mencari jodoh.
“Peraturan ini bukan berdasarkan keangkuhan atau salah faham lelaki,” jelas Mama.
Bagaimanapun, beberapa netizen mempersoalkan keadilan polisi terhadap pengunjung lelaki yang dianggap diskriminasi jantina oleh pihak zoo.



