fbpx
Now Reading
Arab Saudi Haramkan Minuman Keras Pada Piala Dunia 2034

Arab Saudi Haramkan Minuman Keras Pada Piala Dunia 2034

Menurut duta Arab Saudi, Putera Khalid bin Bandar Al Saud ke UK, hanya minuman ringan dibenarkan di stadium dan mereka yang didapati menyeludup minuman keras akan dirotan di khalayak ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Agama Islam melarang umatnya daripada meminum minuman keras atau arak, malah hukumnya juga terang dan jelas adalah haram kerana ia memabukkan.

Meskipun larangan ini tidak melibatkan golongan bukan Islam, namun ada agama yang turut tidak membenarkan penganutnya mengambil alkohol dan ada juga yang membenarkannya.

Seperti di Malaysia, negara ini menghormati kepelbagaian budaya, kaum serta agama dengan tidak melarang golongan ‘non-Muslim’ untuk menjual atau membeli arak.

Namun, bagi negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam, larangan arak dibuat secara sepenuhnya.

Arab Saudi haramkan minuman keras pada Piala Dunia 2034

Seperti baru-baru ini, duta Arab Saudi ke United Kingdom (UK), Putera Khalid bin Bandar Al Saud menjelaskan minuman keras tidak akan dibenarkan pada Piala Dunia 2034 yang akan berlangsung di negara itu.

Temasya suka bola sepak terulung itu akan menjadi acara pertama yang tidak membenarkan sebarang penjualan minuman keras termasuk di kawasan hotel mahupun kawasan penyokong.

Hanya minuman ringan dibenarkan di stadium dan mereka yang didapati menyeludup minuman keras akan dirotan di khalayak ramai.

Tidak akan longgarkan undang-udang Islam

Menurut Putera Khalid semasa ditemu bual radio LBC kelmarin (12 Februari), Arab Saudi sama sekali tidak akan melanggorkan undang-undang Islamnya.

“Banyak perkara menghiburkan yang masih boleh dilakukan tanpa alkohol. Ia tidaklah 100% diperlukan dan anda boleh meminumnya selepas meninggalkan Arab Saudi, tetapi buat masa ini, kami tidak membenarkannya (alkohol).

“Semua orang ada budaya masing-masing. Kami gembira untuk memudahkan semua orang mengatasi sempadan budaya kami tetapi kami tidak mahu mengubah budaya untuk seseorang.

“Ini bukan acara Arab Saudi, ini adalah acara dunia jadi kami mengalu-alukan semua untuk datang,” katanya dipetik Berita Harian.

Sekadar info, pada edisi Piala Dunia 2022 di Qatar, penyokong dibenarkan untuk meminum alkohol di hotel yang mendapat lesen bagi penjualan minuman keras. Namun larangan penjualan arak di sekitar stadium dikuatkuasakan oleh negara Arab itu sepanjang ia berlangsung.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.