“Kali Ini Cameraman Tak Selamat” – Jurufoto Tergelincir Di Majlis Akad Nikah Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan jurugambar berkenaan terjatuh kerana tergelincir semasa sedang berlari dipercayai akibat lantai yang lincin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jurugambar atau jurufoto merupakan antara individu penting dalam sesebuah majlis akad nikah atau persandingan.
Mana tidaknya, mereka ini sudah ditugaskan oleh pengantin untuk mengambil gambar serta momen-momen indah semasa majlis berlangsung.
Tak dapat nak dibayangkan kesibukan seorang jurugambar sekiranya sepanjang acara dia hanya bertugas sendirian sahaja, sudah tentu risiko untuk menghadapi sesuatu masalah lebih tinggi.
Tular video jurugambar terjatuh di majlis akad nikah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang jurugambar terjatuh semasa sedang bertugas di sebuah majlis akad nikah di Indonesia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @andang.jie, jurufoto lelaki itu jatuh tersembam sambil disaksikan oleh ramai tetamu.
Kejadian itu dirakam secara tidak sengaja ketika salah seorang tetamu ingin mengabdikan kenangan ketika sesi akad nikad berlangsung.
Jatuh sebab tergelincir, tak nak terlepas ambil gambar ketika akad nikah pengantin
Dalam video tersebut, kelihatan jurugambar berkenaan terjatuh kerana tergelincir semasa sedang berlari dipercayai akibat lantai yang lincin.
Lelaki itu berlari kerana tidak mahu terlepas daripada mengambil gambar ketika pengantin lelaki sedang melafazkan akad nikah.
Meskipun terjatuh, dia tetap meneruskan kerjanya dengan duduk bersila sambil mengambil gambar pengantin lelaki bersama tok kadi dan saksi-saksi.
Setakat ini, video yang berdurasi hanya 10 saat itu telah meraih lebih 24.6 juta tontonan dan kira-kira 1.4 juta tanda suka di TikTok.
@andang.jie Astagafirulllah…semoga tdk apa”jiq de. Tahanmiq dulu maluta. 1 tahunji itu hilangmi😂😂a.dedhyR
♬ suara asli – Andangji – Andangji
Netizen tumpang bersimpati, tapi ada pula yang berseloroh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan orang berasa simpati dengan jurugambar itu yang harus menolak tepi kesakitan yang dialaminya demi meneruskan tanggungjawab mengambil gambar.
Malah, ada beberapa netizen yang berseloroh dengan mengatakan ini kali pertama mereka melihat seorang jurugambar tidak selamat.
Hal ini kerana kebiasaannya dalam kebanyakan video sesuatu tragedi, pasti tukang rakam berada dalam keadaan baik-baik sahaja.






