Influencer ‘Hilang’ Di Bandung Mohon Maaf, Minta Orang Ramai Henti Hina Keluarga [Video]
Menerusi perkongsian tersebut influencer, Eyka meminta orang ramai untuk tidak menghina keluarganya kerana mereka tidak terlibat dalam konten yang dilakukannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, gempar di media sosial apabila seorang influencer dari Malaysia yang dilaporkan hilang di Bandung, Indonesia sewaktu sedang menjalankan aktiviti paranormal bersama-sama rakan di Makam Keramat Hutan Bambu pada awal Februari yang lalu.
Meskipun ada yang terkejut dan bimbang dengan insiden yang dilaporkan, namun ramai yang merasakan insiden itu adalah sekadar konten.
Polis di Indonesia kemudiannya mengesahkan berita kehilangan influencer dikenali sebagai Eyka adalah palsu dan bertujuan untuk konten semata-mata.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai geram dan mengecam tindakan tersebut selain menyifatkan ia satu perbuatan yang tidak wajar serta memalukan negara.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Indonesia Sahkan Kehilangan Eyka Adalah Palsu, Hanya Konten Semata-mata
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Influencer Hilang Di Indonesia, Amar Nazhan Kecewa Ada Yang Tuduh Hanya ‘Konten’
Eyka tampil mohon maaf, minta orang ramai jangan hina keluarga
Sedar mengenai kecaman dan kemarahan yang dilontarkan oleh orang ramai, Eyka kemudianya tampil menerusi TikTok rasminya untuk memohon maaf.
Malah Eyka yang sebelum ini hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita kehilangannya itu turut meminta orang ramai untuk tidak membabitkan keluarganya.
“Saya ingin memohon maaf atas segala apa yang berlaku. Apa yang ingin saya katakan saya menerima banyak lontaran dan makian terhadap saya.
“Tetapi saya meminta tulus dari hati jangan mengganggu ataupun menghina keluarga saya sebab mereka tiada apa-apa kesalahan,” tulisnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di TikTok.
Ucap terima kasih kepada yang beri nasihat dan teguran
Eyka dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas nasihat dan juga teguran yang diberikan kepadanya.
Hantaran itu kemudiannya mendapat 18.5 ribu tanda suka, 856 simpanan dan juga 457 perkongsian dari orang ramai.
Walau bagaimanapun, dia dilihat menutup ruangan komen pada posting tersebut dan beberapa lagi hantaran lain.


