Siap Lapik Dengan Baju, Ramai Puji Rider Beri Air Minuman Kepada Polis Trafik Yang Sedang Bertugas [Video]
Menurut salah seorang aggota polis trafik yang dikenali sebagai Wan Faizal, awalnya rider itu menyapa mereka yang sedang bertugas sebelum menawar air minuman kerana cuaca yang panas terik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seseorang yang melakukan kebaikan dan membantu orang sekeliling sering kali dilihat sebagai hero.
Malah mereka tidak perlu untuk memakai mantel untuk dilihat sebagai hero sebaliknya kebaikan yang dilakukan sahaja telah membuktikan segalanya.
Bukan hanya itu, usaha baik dan pertolongan yang diberikan juga akan sentiasa menjadi ingatan buat orang ramai meskipun ia hanya bantuan kecil.
Rider Grab beri air minuman kepada polis trafik sedang bertugas
Baru-baru ini, seorang rider penghantar makanan turut melakukan perkara sama apabila bertindak menghantar air minuman kepada petugas polis trafik yang sedang bertugas.
Menerusi video dikongsikan oleh Wan Faizal di TikTok, dia memaklumkan ketika itu dia dan rakan sedang bertugas di sebuah jalan raya di sekitar Selayang, Selangor.
Namun secara tiba-tiba datang seorang penghantar makanan menyapa mereka dan memberikan air minuman sejuk kerana keadaan cuaca yang panas terik.
Dalam video tular itu, kelihatan rider berkenaan membuka beg makanan yang dibawa dan mengeluarkan air minuman untuk diberikan kepada abang polis tersebut.
Siap alas plastik guna baju untuk diberikan kepada polis
Malah dia turut dilihat mengalas plastik yang berisi beberapa air minuman dengan baju jaket sebelum mengeluarkan beberapa bungkus air yang dilihat seperti teh ‘o’ ais.
Selesai mengagihkan air minuman berkenaan kelihatan dia dan seorang anggota polis sempat berbual-bual sebelum bersalaman untuk pulang.
“Alhamdulillah ada insan yang berhati mulia macam rider Grab ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” kata Wan Faizal.
@wanpieja85 Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi 1 rider grab food menyapa kami sedang bertugas dan telah berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik..Alhamdulillah masih ade insan yang berhati mulia macam rider grab ni..Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..Amin..#SelamatBersamaJSPT
♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Ramai puji sikap rider penuh beradab
Melihat di ruangan komen, ramai memuji sikap murni rider berkenaan dengan memberikan air minuman kepada pihak berkuasa yang sedang bertugas.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan rider tersebut mempunyai adab yang tinggi apabila dilihat melapik air minuman berkenaan menggunakan bajunya.
Ada juga yang mendoakan rider tersebut sentiasa dipermudahkan urusan atas kebaikan yang dilakukan.
“Tengok adab dia. Dia lapik dengan baju letak air atas lantai. Bagus didikan mak dia.”

“Jangan tunggu kaya baru berbahagi rezeki”

“Polis pun manusia juga, jangan disebabkan seorang habis semua anggota kena. Selamat bertugas abang polis.”




